Rabu, 27 Februari 2019



Kemaren suami request menu Mangut Telur asin...katanya pernah makan di warung dekat kantor enak. Aku sich bukan penggemar telur asin, baunya aja udah bikin mblenger, tapi tadi pas nyicip kuahnya..kok sedep banget ya, ngga ada aroma khas telur asin. Adakah yang suka olahan telur asin ? Biasanya aku masakin suami tak bikin Bothok aja, nah ini nambah satu lagi yang enak...di masak mangut

Aku masih bisa makan kuah sama Tahunya. Padahal biasanya bau aroma telur asin aja aku udah mblenger lho hihi. Ini kok di campur kuah mangut malah nggak bau aneh, malah sedep kuahnya. Yuk di coba teman-teman, lumayan jadi alternatif olahan telur asin ya

Selamat mencoba...

Mangut Telur Asin

Bahan :
6 butir telur asin, kupas
3 tahu goreng, bagi 2 bagian
800 ml santan
2 lembar daun salam
2 cm lengkuas
1 sdk mkn gula merah
2 sdk teh kaldu jamur dan garam secukupnya
10 cabai merah, iris
5 cabai hijau, iris
5 cabai rawit, iris
*6 bawang merah, 2 bawang putih, 2 cm kencur, 1/2 sdk teh ketumbar ( haluskan )

Tumis bumbu halus, masukkan santan, daun salam, lengkuas dan bumbu lainnya
Didihkan santan, masukkan telur asin dan tahu
Masak api kecil hingga meresap
Koreksi rasa
Sajikan hangat
· 

RESIPI KUIH ANGKU

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat ada sedikit kerajinan. Maka marilah kita bikin kuih angku. Kuih angku apa? Pelik nya nama dia? Memang betul, kuih angku ini bukan kuih kita orang melayu tapi berasal dari China. Kuih angku menjadi kuih kegemaran terumata orang peranakan baba nyonya. Tapi orang kita juga suka kuih ni, sebab rasa dia seakan2 kuih koci. Kuih angku biasanya berbentuk bujur atau bulat, melambangkan kura2 yang sedang berehat. Kebiasaannya bewarna merah, tapi ni jam dah ada macam2 warna dan kuih ini yang aslinya menggunakan warna asli dari buah2an atau sayur2an. Contohnya untuk warna oren atau ungu macam che mat bikin ni, kita gunakan keledek. Warna hijau dari daun pandan, merah pulak dari ubi bit atau beet root. Warna biru dari jus bunga telang. Ada juga kuih angku hitam guna daun ramie, boleh baca kat sini . Bahan2nya seakan2 bancuhan kuih koci, menggunakan tepung pulut. Dan orang peranakan masukkan sedikit pati santan dalam adunan kulit kuih angku untuk mendapat rasa yang lebih lemak.

Inti kuih angku menggunakan kacang hijau yang telah dibuang kulit (yang ni boleh beli kat kedai2 runcit atau kedai menjual bahan2 masakan). Kacang hijau tanpa kulit tadi perlu direndam dan direbus atau dikukus hingga lembut, kemudian dimasak dengan gula dan sedikit minyak kacang (che mat guna minyak jagung atau boleh guna minyak masak biasa). Satu kebaikkan inti yang kita bikin sendiri, ialah kita boleh kawal tahap kemanisannya, samada nak kurang manis atau manis nak mati...Pasal acuan pulak, yang tu boleh dapat dikedai2 menjual barang baking atau serbanika. Ada dua jenis acuan kuih angku, satu yang diperbuat dari plastik dan satu lagi dari kayu. Yang che mat guna ni acuan dari kayu dan ada tulisan cina kat tengah2 dia. Errr, apa entah maksud dia, tapi biasanya kalau benda2 makan ni, dia orang akan tulis simbol untung, kesihatan dan murah rezeki, yang baik2 saja lah, bukan suruh pi mati yea. Buat sendiri lebih bagus dan terjamin kebersihan dan halal nya... Kalau nak cuba, meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
200 gram kacang hijau yang telah dibuang kulitnya
2 camca besar minyak kacang tanah (che mat guna minyak jagung)
1 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh garam
80 gram gula pasir ( resipi asal 120 gram)

BAHAN-BAHAN KULIT :-)
125 gram tepung pulut
120 gram ubi keledek ungu yang telah dibuang kulitnya
4 camca besar santan (che mat guna 2 camca besar santan kotak + 2 camca besar air)
4 camca besar air
2 camca besar minyak kacang tanah (che mat guna minyak jagung)
1/2 camca besar gula halus
Secubit garam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sedikit minyak masak untuk disapu pada daun pisang dan permukaan kuih
13 helai daun pisang berukuran 3 inci x 4 inci

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTINYA :- Cuci dan rendam kacang hijau tanpa kulit sekurang2nya 3 jam. Toskan dan rebus dengan daun pandan hingga kacang empuk, sukatan air masa merebus tu jangan terlalu banyak sangat, sekadar kacang tenggelam dalam 1 inci. Keluarkan daun pandan dan kisar kacang tadi dalam food processor hingga halus. Masukkan kembali ke dalam periuk, tambah gula dan garam. Kacau sentiasadan masak dengan api kecil hingga pekat.
  2. Masukkan minyak  dan terus kacau hingga inti tidak melekat pada periuk. Angkat dan sejukkan. Cedok inti dalam 3/4 camca besar (kurang lebih 16 gram) dan bulat2kan, Buat sebanyak 13 biji. Tutup dengan plastik cling dan ketepikan. Inti yang tak habis boleh disimpan dalam peti sejuk.
  3. UNTUK KULITNYA :- Ubi keledek dikukus hingga empuk, lecek halus dan biarkan sejuk. Keledek tu kalau nak rebus boleh juga tapi lebih elok dikukus, kalau rebus, warna ungunya akan keluar dalam air rebusan dan akan mengurangkan warna ungu pada adunan kulit nanti. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk berisi keledek lecek tadi, tambah gula halus, garam dan santan. Gaul rata dan masukkan air, terus gaul hingga menjadi doh.
  4. Masukkan minyak kacang tanah atau minyak masak, terus mengadun hingga mendapat doh yang lembut dan licin. Bahagikan doh kepada 13 bahagian sama besar, kurang lebih 30 gram setiap satu. Tutup dengan plastik bersih sebelum mulakan proses membuat kuih angku.
  5. UNTUK MEMBUAT KUIH ANGKU :- Ambil sebiji doh untuk kulit kuih angku. Tekan sedikit biar leper, ambik sebiji intinya yang telah dibulatkan tadi. Taruk ditengah2 doh dan balutkan hingga inti tertutup kemas. Bulat2kan, boleh rujuk gambar di bawah ini...
  6. Kemudian doh yang berisi inti tadi digolekkan dalam tepung pulut, tujuannya agar ia tidak melekat masa dicetak nanti dan senang dikeluarkan. Tekan perlahan2 doh ke dalam acuan kuih angku, corak apa itu terpulang pada masing2lah yea. Padat2kan dan terbalikkan acuan, ketuk 2 - 3 kali hingga kuih angku keluar. Susunkan atas daun pisang yang telah disapu dengan minyak masak. Buat hingga siap, boleh rujuk gambar di bawah
  7. Susun kuih angku dalam kukus yang telah dipanaskan. Balut penutup kukus dengan tuala dapur bersih. Kukus kuih tadi selama 7 - 8 minit dengan api sederhana. Kuih akan kelihatan jernih sedikit bila telah masak. Sapukan dengan sedikit minyak kacang tanah semasa kuih masih panas. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan, Selamat mencuba!

Senin, 25 Februari 2019

RESIPI BAMIA KAMBING


Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak bamia kambing. Resipi bamia ini antara hidangan klasik orang2 Arab yang mereka bawa masuk ke tanah melayu pada zaman dahulu, khususnya di Johor dan Singapura, semasa mereka menjalankan aktiviti perdagangan. Lama kelama2an ia telah sebati dengan selera oramg tempatan dan diterima menjadi antara hidangan  klasik orang2 Johor dan Singapura. Biasanya mereka menggunakan daging kambing, tapi boleh juga kalau nak gantikan dengan daging lembu, lebih sedap kalau gunakan tulang lembu tapi pastikan yang masih ada dagingnya, bukan tulang lembu semata2. Rempah untuk resipi bamia menggunakan rempah ratus yang dikisar sendiri, tapi kalau nak guna rempah kari daging pun boleh, cuma keasliannya tu agak kurang sedikit. Ada yang tanya che mat, kalau guna ayam boleh tak? Takde masalah. boleh saja kalau nak guna ayam, tetapi dari segi rasa mungkin agak berbeza sedikit...

Hidangam bamia paling sesuai dimakan dengan roti paun/roti bai, roti canai, capati dan roti arab. Selain itu enak juga dihidangkan dengan nasi2 berperisa seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi bukhari atau nasi tomato. Nak cicah degan roti jala atau lempeng pekak pun sesuai, senang cerita masakan ini versatile, boleh dihidangkan dengan apa saja yang anda suka. Eh, memang taruk sayur bendi yea? Ha ah, resipi bamia memang ada bendi dan toksah risau, kuah dia ok tak berlendir. Malah menjadi pekat dan sedap. Bamia juga boleh dimasak lebih dan dibekukan dalam freezer, sesuai untuk bulan puasa nanti, masa sahur kalau tak nak makan nasi, boleh hidangan bamia dengan roti. Kalau nak mencuba, meh che mat tuliskan resipinya di bawah ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging kambing yang telah siap dipotong
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1
10 - 12 batang bendi, pilih yang kecil, cuci dan toskan
2 biji limau nipis, 1 untuk perap kabing, 1 lagi untuk dimasukkan dalam bamia
2 pokok daun ketumbar, cuci bersih dan kerat kasar
4 camca besar sos tomato
1 cawan susu cair
1 camca besar rata, gula melaka atau gula perang
10 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Minyak sapi secukupnya
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan rendam dalam air panas selama 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN REMPAH :-)
3 camca besar  ketumbar biji
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
1 camca teh penuh lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daging kambing tadi dicuci bersih, kemudian gaul dengan sesudu besar teung gandum dan jus dari sebili limau nipis. Gaul rata dan perap 20 minit, ketepikan. Sementara itu bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga wangi, gunakan api kecil dan kacau sentiasa. Kisar halus rempah tadi menggunakan pengisar kering atau boleh juga ditumbuk dalam lesung batu, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 2 camca besar. Tambah 3 camca besar minyak sapi dan biar hingga minyak sapi cair. Tumis buah pelaga dan bunga cengkih hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan rempah yang telah dikisar kering tadi. Kacau rata dan masak hingga wangi dan naik minyak.
  3. Masukkan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap. Sementara itu, cuci daging kambing yang diperap tadi dan toskan hingga kering. Masukkan daging kambing ke dalam periuk, gaul rata dan masak hingga daging kambing kecut. Tuang air hingga tenggelam, kacau dan masak hingga mendidih, kemudian sederhanakan api, terus memasak hingga daging kambing empuk. Tambah air panas jika perlu.
  4. Bila daging kambing empuk, masukkan susu, jus limau nipis dan gula melaka. Kacau rata dan tambah bendi (jangan lupa buang dahulu bahagian tangkainya), kacau rata dan masak hingga pekat dan bendi lembut. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan tomato, kacau rata dan masak 5 - 6 minit lagi dengan api kecil. Sebelum api dimatikan, tambah hirisan daun ketumbar, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan, Selamat mencuba!

Sabtu, 23 Februari 2019

Resep Brownies Shiny Crust


Neti Recipes
Ada begitu banyak varian brownies, di antaranya brownies shiny crust.

Di sebut brownies shiny crust, karena ada lapisan tipis yang mengkilap di atas brownies. Meskipun membuat brownies cukup mudah, namun saya akui membuat brownies shiny crust menjadi tantangan sendiri buat saya.

Sudah beberapa kali saya mencoba membuat brownies shiny crust ini, tetapi selalu gagal. Karena lapisan atasnya tidak pernah mengkilap, dan berakhir seperti brownies pada umumnya.

Padahal yang membuat brownies ini istimewa adalah lapisan tipis yang mengkilap tersebut. Dan setelah beberapa kali mencoba, akhirnya saya mendapat resep yang satu ini.

Ketika mendapat resep brownies yang ini, langsung saya eksekusi di dapur. Sesegera mungkin saya siapkan bahan-bahannya yang saat itu kebetulan ada.


Sedikit penasaran, harap-harap cemas juga karena beberapa kali membuat selalu gagal. Tetapi akhirnya berhasil lho, saya berhasil mendapat shiny crust yang di idamkan itu dengan resep yang ini.

Tekstur bagian dalam browniesnya chewy dan nyoklat sekali, serta lapisan tipis di atasnya benar-benar shiny crust.. senang sekali rasanya ^_^

Membuat brownies tidak perlu di kocok memakai mikser, cukup menggunakan balon whisk saja. Di aduk sampai gula pasirnya benar-benar larut, meskipun nantinya telur dan gula teksturnya akan mengembang.

Tetapi usahakan jangan sampai kaku, kental dan berjejak ya,, dan catatannya lagi adalah takaran gula di dalam resep ini tidak boleh di kurangi ya, karena kristal gula tersebut yang akan membuat lapisan brownies mengkilap.

Baca Juga : Resep Brownies Pisang

Bahan-bahan Brownies Shiny Crust :

  • 100 gram Tepung terigu
  • 2 butir Telur
  • 150 gram Gula pasir
  • 50 gram Margarin di lelehkan
  • 150 gram DCC atau coklat masak
  • 40 ml minyak sayur
  • 35 gram coklat bubuk
  • Biskuit Oreo sebagai topping sesuai selera


Cara Membuat Brownies Shiny Crust

  1. Potong-potong DCC atau coklat masak agar mudah di lelehkan
  2. Siapkan sedikit air di dalam panci, panaskan dengan api yang kecil
  3. Masukkan margarin ke dalam mangkok tahan panas, letakkan di dalam panci dan biarkan margarin meleleh
  4. Tambahkan coklat masak yang sudah di potong-potong, aduk hingga semua meleleh dan tercampur rata lalu angkat
  5. Aduk campuran margarin dan coklat yang sudah meleleh, tambahkan minyak sayur dan aduk rata lalu sisihkan dahulu
  6. Masukkan 2 butir telur ke dalam mangkok besar, kocok lepas menggunakan balon whisk
  7. Tambahkan gula pasir, lalu kocok kembali hingga gula larut dan telur sedikit mengembang
  8. Masukkan campuran margarin dan coklat ke dalam adonan telur, aduk hingga rata dan mengental
  9. Tambahkan tepung terigu dan coklat bubuk sambil di ayak lalu aduk hingga adonan benar-benar tercampur rata
  10. Masukkan adonan brownies ke dalam loyang yang sudah diolesi margarin dan di taburi tepung terigu agar tidak lengket, ratakan
  11. Potong biskuit OREO sesuai selera lalu letakkan acak di atas brownies, sementara oven sudah di panaskan terlebih dahulu
  12. Masukkan brownies ke dalam oven dan panggang dengan suhu 150 derajat celsius selama 45 - 50 menit hingga matang.
  13. Setelah matang, keluarkan dari oven. Potong brownies dan siap di sajikan


Brownies Shiny Crust

Chewy, Nyoklat dan Shiny

Brownies shiny crust yang saya buat ini, benar-benar enak.

Resepnya pas dan irit telur, karena hanya menggunakan telur sebanyak 2 butir. Kalau memakai loyang ukuran 18x18 cm seperti saya, brownies tidak terlalu tinggi seperti yang terlihat di foto.

Untuk lapisan shiny crust-nya, mungkin tidak terlalu terlihat karena kurang pas ketika saya memotongnya.

Brownies ini tahan sekitar 3 harian di suhu ruang, dan mungkin bisa 1 minggu kalau di masukkan ke dalam kulkas.

Teksturnya akan mengeras ketika di simpan di dalam kulkas, tetapi ketika di keluarkan akan chewy lagi.

Benar-benar harus mencoba resep yang satu ini ya,, untuk loyang bebas menggunakan loyang ukuran apa saja

Oke,, Selamat Mencoba ya... So, Enjoy Your Cooking Mom :D



Jumat, 22 Februari 2019

Tips Menyiapkan Bekal Menarik Untuk Anak - Anak




Tips Menyiapkan Bekal Menarik Untuk Anak-Anak

Salah satu kesibukan seorang ibu di pagi hari, biasanya menyiapkan bekal atau sarapan untuk anak-anak ya teman-teman. Apalagi kalau punya anak masih TK atau SD, tentu setiap hari musti putar otak untuk membuat bekal yang menarik dan enak untuk anak-anak agar mereka tetap semangat makan.

Sebenernya banyak ide kok teman-teman untuk menyiapkan nekal yang praktis, mudah dan enak. Salah satunya aneka olahan telur. Bahan yang murah meriah ya, dan hampir selalu tiap hari pasti ada di rumah kan telur itu. Selain itu juga kandungan gizinya yang tinggi, jadi tak ada salahnya sering menyajikan olahan telur untuk anak-anak.

Salah satu olahan telur yang menarik dan sehat untuk anak-anak, adalah Telur Gulung. Terinspirasi dari telur gulung ala Korea atau Jepang, kita bisa juga lho membuat aneka telur gulung yang kita sesuiakan dengan citarasa Indonesia kok teman-teman. Udah berbagai versi telur gulung yang aku buat, ada yang isi sosis, sayuran, isi nasi goreng, isi crab stik, dll.

Nah kali ini aku mau berkreasi lagi dengan telur gulung lagi nich kali ini, yaitu telur gulung isi daging asap, jadi makin cantik dan bergizi dech telur gulungnya teman-teman. Selain itu juga makin bergizi untuk anak-anak.

Cara membuatnya mudah kok. Kita tinggal siapkan 3 butir telur, beri sedikit agram dan merica, lalu tambahkan paprika cincang, bawang bombay cincang dan daun bawang yang di iris halus, sedikit saja masing-masing jangan terlalu banyak ya. Selanjutnya campur dengan telur, kocok rata dengan garpu saja, lalu kita buat telur gulung dech, dengan sedikit minyak saja. Jadi lebih sehat kan.

Nah agar membuat telur gulung seperti ini lebih cepat, kita perlu alat yang tepat nich teman-teman, pan yang khusus memang untuk membuat alat gulung seperti ini. Jaman dulu masih langka alat ini di Indonesia, aku sampai nitip ke temen yang tinggal di Korea lho untuk beli alat ini. Kalau sekarang mah mudah mencari pan khusus telur gulung ini, beberapa waktu lalu aku ngubek-ngubek Shopee, banyak dech yang jual ternyata. Ada yang seperti punyaku ini persis, ada juga yang model lain. Aku sering belanja pernak pernik dapur di Shopee, suka hunting pernak pernik dapur atau perlengkapan  dapur yang unik dan tidak banyak di jual di toko, jadi berasa nemu barang spesial gitu.

Udah gitu sering ada promo free ongkir pula, cocok banget lah untuk Emak-Emak seperti kita ini ya teman-teman, lumayan kan...hihi. Nah, teman-teman yang beberapa waktu lalu, banyak yang penasaran di mana membeli pan khusus untuk telur gulung seperti ini, ayuk cek di shopee ya, banyak kok yang jual. Kata kuncinya kalau mau cari biasanya Tamago Pan gitu ya teman-teman, biar lebih mudah mencarinya. Happy shopping ya...


Rabu, 20 Februari 2019

RESIPI BUBUR KAMBING

Assalammualaikum, salam semua. Pagi tadi che mat tiba2 ngidam bubur kambing. Nak bikin takut bahan2 takde dalam simpanan, takpe kita gamble, korek freezer dulu tengok apa yang ada, dan dengan izin Allah swt, memang ada wakk stok kambing dalam tu. Korek pulak peti sejuk, eh...eh...ehh, macam tau2 ajer, ada juga bahan2 yang sewakttu dengannya untuk masak bubur kambing. Maka operasi pun bermula. Mungkin cara che mat tak sama dengan cara orang lain. Dan kalau ada orang yang tak tau buat, boleh lah cuba2 bikin cara che mat ni yea. Dalam rasa ghairah sangat nak buat, tengok2 beras untuk bikin bubur pulak takde, stok kat rumah ni yang ada cuma beras basmathi jenis pra-boiled, yang tu memang tak sesuai untuk buat bubur, sebab takde kanji. Tetapi...ehemm, nasib baik lah peti sejuk rumah pakcik kau ni macam Tesco + MyDin + Aeon...haha, ada kau stok beras calrose, beras butiran pendek yang orang Jepun bikin sushi tu. Maka beras itu pun diperlakukan yang sewajarnya....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, gitu lah kalau Allah dah izinkan, memang permudahlan segalanya, yea dak...

Resipi che mat agak ringkas, ada dua langkah. Pertama kita sediakan stok atau sup kambing dulu, kemudian baru dimasukkan beras yang telah dicuci dan masak dengan api sederhana hingga menjadi bubur. Bahan2 untuk stok nanti boleh tengok kat bawah. Kalau suka boleh juga masukkan kekacang, seperti kacang kuda dan sayur camput frozen (lobak merah, kacan pis, jagung) ke dalam bubur. Yang tu optional, tak suka takperlu  taruk. Satu lagi, bubur kambing bertambah 'kick' kalau kita hidangkan dengan sambal kicap. kalau tak caya nanti bila dah masak bubur kambing, boleh test tengok. Nak cuba buat? Meh che mat kongsikan resipinya di bawah ini.....Jommm

BAHAN - BAHAN KUAH SUP :-)
500 gram daging kambing yang bertulang, dicuci, perap dengan sesudu besar tepung gandum dan jus limau nipis selama 20 minit
1 sup bunjut, sup tulang #adabi
2 helai bay leaf
1 batang saleri, potong kecil
1 batang lobak merah, dipotong kiub
1 biji bawang besar, belah 4
5 ulas bawang putih, diketuk
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 pokok daun ketumbar, dikerat kasar
1 camca teh garam
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN BUBUR :-)
1 cawan penuh beras wangi atau beras siam (pilih beras yang berkanji), cuci dan toskan
1/2 cawan mix vege (lobak merah, kacang pis, jagung)
1 cawan kacang kuda yang telah siap direbus (boleh guna kacang kuda dalam tin)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SUP :- Cuci daging kambing hingga bersih, masukkan ke dalam periuk dan tambah semua bahan2 untuk kuah sup. Tuang air secukupnya hingga daging kambing tenggelam. Masak hingga menggelegak. Cedok keluar buih2 yang timbul pada permukaan air rebusan tadi, tujuannya untuk mendapat kuah sup yang cantik. Rebus hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika perlu. Bila empuk, keluarkan daging kambing, dan tapis air rebusannya. (lobak merah dan batang saderi boleh diambil dan dimasukkan ke dalam bubur, jika suka). Ketepikan.
  2. UNTUK BUBUR KAMBING :- Masukkan balik air rebusan yang telah ditapis tadi ke dalam periuk. Masukkan beras dan daun pandan, masak hingga mendidih, sederhanakan api dan terus memasak hingga beras kembang dan boleh masukkan daging kambing, secamca besar bawang goreng, mix vege, kacang kuda dan lada hitam. Kacau rata dan terus memasak hingga menjadi bubur, tambah air  jika suka bubur lebih cair. Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa.
  3. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok bubur kambing secukupnya ke dalam mangkuk sesuai, cedok sekali daging kambing. Tabur hirisan daun sup, hirisan daun bawang dan bawang goreng. Sudukan sedikit sambal kicap dan boleh hidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!...

Selasa, 19 Februari 2019

Kue Lumpur Tape Lembut dan Legit


Hari ini aku bikin cemilan serba tape nich teman-teman. Pagi bikin Bluder Cake Tape yang enak banget, udah habis aku bagi-bagi. Sore aku bikin Kue Lumpur Tape...karena masih ada 150 gram sisa tape yang super, sayang kalau nggak terpakai, mau di makan gitu aja juga bosan juga.

Jadilah Kue Lumpur Tape yang legit dan nagih..lembut banget. Membuatnya juga gampang, cukup di aduk-aduk saja, no mixer...jadi dech adonan. Yang penting, adonan harus halus ya. Oh ya, ini walau rasa tape tetap pakai kentang ya teman-teman, karena bahan dasar kue lumpur selain terigu, tentu kentang ya. Bisa pakai kentang rebus, atau bisa pakai tepung kentang, seperti yang biasa aku pakai, aku jual juga ya.

Tapi karena tadi stok tepung kentang yang udah bukaan habis, aku pakai kentang segar aja. Sayang sich jika buka kemasan 1 kg padahal makenya dikit, mending di jual aja tepung kentangnya ...hahah.

Oke, ini dia resepnya ya teman-teman, manggang Kue Lumpur api jangan terlalu besar ya, agar tidak mudah gosong bawahnya. Karena tekture Kue lumpur kan lembut, jadi perlu waktu hingga benar-benar set dan mateng, panaskan dulu pan, tuang adonan, tutup dan kecilkan api. Masak hingga matang. Toping bisa di ganti-ganti ya sesuai selera, bisa kismis, keju, nangka, dll. Kasih Topingnya jika udah setengah atau hampir matang ya teman-teman, agar tidak tenggelam hihi. Mau liat videonya juga ada di Ig ku ya teman-teman @bunda_didi.

Kue Lumpur Tape Lembut dan Legit

Bahan :
2 btr telur
200 gram gula pasir
1/2 sdk teh garam
1/4 sdk teh vanili
500 gram santan
400 gram kentang , kukus, haluskan
150 gram tape, haluskan
Terigu protein rendah / sedang 250 gram
100 gram margarin, lelehkan, dinginkan

Cara membuat :
Kocok telur dan gula, hingga larut
Masukkan garam , vanili, aduk rata
Masukkan santan, aduk rata
Masukkan kentang, bergantian dengan terigu, tape, aduk rata, terakhir masukkan margarin leleh, aduk rata. Saring jika perlu
Panaskan cetakan kue lumpur
Olesi margarin tipis2
Tuang adonan, 3/4 tgg cetakan saja
Tutup, kecilkan api
Masak hingga hampir matang, beri toping kismis
Tutup kembali
Masak hingga matang
Sajikan hangat atau dinginkan sebentar di kulkas juga enak..lembut, legit


Minggu, 17 Februari 2019

RESIPI RENDANG ITIK CILI API

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak itik, ha ah wak, itik gembo2 yang jalan gedik2 tu. Che mat jarang masak itik, rasanya baru 2 atau 3 kali ajer masak itik. Tak semua orang suka makan itik, ada yang tak biasa dengan bau daging itik yang dikatakan agak hamis. Tapi, kalau itik bela yang diberi makanan sesuai, in sha Allah daging itik tak hamis. Kalau itik liar tu faham2 saja lah, habis longkang2 dan parit2 dia sudu, pantang jumpa becak, menonong ajer dia pergi. Itik pun ada yang saiz kecil, yang tu isi dia kurang, kalau nak isi banyak kena beli itik serati, saiz itik pun memang besar. Bahagian belakang itik tidak ada isi, kalau perasan, itik kan agak rendah, tapi bahagian kiri dan kanan badan itik, banyak isi terutama di bahagian dada dan peha. Kebiasaannya itik paling elok disalai dulu sebelum dimasak dan rasa dia lagi sedap dan wangi. Macam che mat guna ini, itik yang telah siap disalai. Tinggal kita potong cuci dan masak....

Daun apa pulak kat atas ni? Kalau nak tau, ini lah pokok puding belacan, daun dia boleh dicampur dalam rendang. Kalau taruk dalam botok2 ikan pun sedap. Puding belacan ni bila dah masak, ia akan berubah warna jadi gelap. Che mat ada tanam kat belakang rumah, tapi pokok dia kurang baja dan kena serangan serangga perosak. Tadi petik bahagian pucuk dia saja, dapatlah sikit untuk dicampur dalam rendang itik. Tapi yang ni optional, tak taruk pun takpe. Selain puding belacan, rendang itik jugak sedap dicampur dengan daun maman atau daun pegaga. Biasanya orang Negeri Sembilan yang suka rendang gaya gini. Oh, yea nak tau mana che mat dapatkan itik salai tu, jangan lupa ke IG che mat  DI SINI, kat sana ada alamatnya... Ok, jomm kita tengok resipi rendang itik cili api...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor itik yang telah siap disalai, anggaran berat 1.3 kg
Secukupnya pucuk puding belacan (optional, tak taruk pun takpe)
3 helai daun kunyit, dihiris halus
2 keping asam gelugor
1 liter santan pekat dari 3 biji kelapa
1 camca besar penuh kerisik
Garam secukup rasa
Santan cair secukupnya (anggaran 1 - 2 cawan)

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup, pilih kunyit hidup yang tua
1 inci lengkuas, hiris
8 batang serai, hiris halus
3/4 cawan cili padi kampung, che mat guna yang merah dan hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Itik dipotong kecil, cuci, toskan airnya dan masukkan ke dalam kuali bersama2 bahan kisar halus, gaul hingga rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan pekat, kacau dan masak hingga itik empuk. Jika masih keras, tambah santan cair.
  2. Masukkan asam gelugor, kerisik dan sedikit garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga rendang pekat. Rasa, jika kurang masin, baru ditambah sedikit lagi garam. Masukkan daun puding belacan, dan gaul rata. 
  3. Bila rendang kering sedikit, boleh masukkan hirisan daun kunyit. gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan rendang itik dengan lemang, pulut kuning atau nasi putih. Selamat mencuba!

Sabtu, 16 Februari 2019

RESIPI SUP KEPALA IKAN

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak sup ikan. Resipi ni mungkin biasa dah anda bikin, tapi che mat sebenarnya pertama kali masak sup ikan menggunakan perencah sup bunjut untuk sup ikan keluaran Adabi. Bahan2 lain tu sama saja, ada tambah lobak merah dan  batang saderi. Ada yang suka tambah kentang, tapi che mat kurang minat, kecuali kalau sup ayam atau atau tulang, baru lah ngam dengan kentang, betul tak, cuma ikut selera masing2 samada nak taruk atau tidak. Sup ikan macam ni paling enak dimakan dengan sambal kicap, nak makan sama nasi atau macam tu saja pun sedap. Satu lagi rasa sup ikan selain bahan2 rempah ratus yang kita guna, ikan itu sendiri memberi rasa yang berbeza pada kuah sup. Kalau guna ikan merah, rasa dia berbeza dari ikan ketarap dan sebagainya. Untuk kali ni, che mat gunakan kepala ikan ketarap segar yang datang dari pasar Pontian, Johor. Resipi ni menghasilkan sup yang agak ringan dan sesuai juga untuk kanak2 sebab tak pedas. Jomm kita semak resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kepala ikan ketarap (atau ikan merah), dibelah dua, cuci bersih dan toskan
1 batang lobak merah, saiz sederhana, dipotong berbaji
1 batang saleri, dihiris sederhana tebal
1 biji tomato. dibelah 4
1 batang serai, diketuk
2 helai daub bay kering (bay leaf)
1 sup bunjut, sup ikan Adabi
1 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, dikerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN TUMIS
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, diracik halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 3 camca besar, masukkan bahan2 tumis, serai dan bay leaf, kacau rata dan masak hingga bawang layu dan keperangan. Tuang air secukupnya, anggaran 1 liter, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub pati ikan bilis, daun sup yang dikerat kasar dan 1 camca besar bawang goreng, kacau rata.
  2. Masukkan lobak merah dan batang saderi, kacau dan masak hingga lobak lembut. Boleh masukkan kepala ikan, kacau perlahan, Tambah lada hitam tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Biar mendidih dengan api sederhana hingga kepala ikan masak. 
  3. Akhir sekali, masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Kalau suka, boleh juga dihidangkan dengan sambal kicap. Selamat mencuba!

Selasa, 12 Februari 2019

Oseng Kates Ndeso


Beberapa hari ini aku lagi bosen makanan enak..hihi. Nggak tau bosen aja ayam. daging, dll. Kemaren masak Cumi ya cuma masakin Yodha dan papinya.  aku lebih berselera sayur-sayur aja...sama tempe paling ya lauknya. Wah...langsing dong ? Ya tetep enggak sich..lha lauknya gini aja tetap lahap makan haha.

Nggak tau rasa seperti ini justru nggak pernah mbosenin. Oseng sederhana...yang dulu jaman kecil hampir setiap hari ketemu yang namanya oseng atau sayur lodeh Kates atau Pepaya Muda. Eh jaman sekarang kok malah susah ya cari Kates muda. Kalau pas nemu di pasar itu seneng banget rasanya.

Pepaya muda ini enak di olah jadi aneka masakan kok teman-teman, bisa di oseng, di lodeh, di sayur gurih, di brongkos, di bobor dll. Tak pernah bosan dulu makan sayur Kates ini. Dulu sich tinggal metik di pekarangan rumah banyak, nggak usah beli..sekarang ya harus beli itupun langka hihi.

Makanya kakakku kalau ke Semarang suka heran di sini kok apa-apa beli mahal katanya haha. Lha kalau masak gudeg di sini minimal harus beli nangka 20 ribu sendiri. Kalau di Yogya ya tinggal metik aja hihi. Ya begitulah, kadang jika udah dewasa nanti Yodha pengen dech pindah ke daerah yang masih bisa banyak nanam pohon, sayuran dll sendiri..biar kembali seperti ke masa kecilku dulu.
Dulu itu apa-apa nggak usah beli, dari sayuran hingga buah-buahan semua dari kebun sendiri. 

Oke dech aku share lagi resep Oseng kates ala Ndeso yang medok gini ya teman-teman...ini nggak pakai kecap ya, kalau ala ibuku masak Oseng Kates ini jarang pakai kecap..tapi jika suka ya boleh saja. Agar warnanya nyoklat gini pakai gula merah yang tua warnanya dan di masak hingga asat kuahnya, di gongseng terus sebentar di wajan makin sedep.

Bahan :
1 buah Pepaya ukuran sedang, kupas, cuci bersih cacah kecil2 panjang, remas dengan sedikit garam jika perlu, cuci kembali
2 lembar daun salam
2 cm lengkuas
1 sdk makan gula merah
1 sdk teh kaldu jamur / ayam / sapi
secukupnya garam
1 sdk makan rebon, cuci bersih
50 gram daun so
50 gram tempe semangit jika ada, kemaren aku pas habis

Bumbu iris :
6 bawang merah
4 bawang putih
5 cabai merah
10 cabai rawit

Tumis bumbu iris hingga harum
Masukkan pepaya, air dan semua bumbu
Tutup wajan
Masak hingga kuah habis
Cek rasa
Gongseng lagi di wajan dengan api kecil hingga kecoklatan






Jumat, 08 Februari 2019

Lontong Cap Gomeh, Februari 2019



Hallo..hallo..maafkan ya teman-teman, lama absen nggak post di sini huhu. Minggu kemaren aku ke Jakarta, terus pulang sibuk menyelesaikan kerjaan ini..itu, waktu kayak kurang banget, ya  pasrah dech . Baru sempat buka web lagi...huhu.


Tapi teman-teman jika nggga mau ketinggalan update resep-resep baruku jangan lupa mampir ke ig ku ya, @bunda_didi...di situ tiap hari tetep ada post baru kok. Nah ini mau berusaha disiplin lagi update di web hihi.

Oh ya mumpung masih Imlek, bentar lagi akan ada momen masak Lontong Cap Gomeh kan buat teman-teman yang merayakan, aku aja orang Jawa, karena di Semarang sini sudah membaur, suka makan Lontong Cap Gomeh juga, tapi ngga perlu nunggu hingga 15 hari setelah Imlek...sepengennya aja bikin hahah.

Nah ini kemaren suami lagi pengen Lontong cap Gomeh yang versi ada sayur lodeh terongnya. Kalau dulu aku buat pakai sayur labu, memang banyak versi sich. Di semarang sini aja ada kira-kira 12 macam lauk / sayur jika mau lengkap, seperti yang pernah aku coba di salah satu resto jadul di sini. Kalau versi resto seperti Istana Wedang atau di food court di mall, seperti yang aku masak kali ini versinya. Kadang ada juga telur atau ayam abing, tapi aku nggak sempat bikinnya.

Oke, aku share resep yang versi seperti di foto aja dulu ya teman-teman, kapan-kapan bikin lebih komplet lagi dech. Selamat mencoba ya. Oh ya pelengkapnya yang wajib ada itu bubuk kedelai, rasanya gurih manis, membuat Lontong Cap Gomeh makin sedep. Suamiku kalau nggak ada bubuk kedelai suka komplain, serasa ada yang nggak lengkap gitu hihi. Jadilah aku selalu nyetok...tapi aku beli jadi aja itu bubuk kedelainya, sama lontongnya juga beli jadi hihi. Soalnya di sini banyak bubuk kedelai di pasar.


Opor Ayam

Bahan :
1/2 ekor ayam kampung
1500 ml santan sedang
2 lembar daun salam
2 cm lengkuas
2 lembar daun jeruk purut
1 batang serai, memarkan
1 sendok makan gula merah
1 sendok teh kaldu ayam 
Garam secukupnya

Bumbu halus :
6 buah bawang merah
2 siung bawang putih
4 butir kemiri sangrai
1 sendok teh ketumbar sangrai
2 cm kunyit bakar
1/4 sendok teh merica butiran

Cara membuat :
Tumis bumbu halus hingga benar-benar matang
Masukkan ayam, aduk hingga berubah warna
Masukkan santan..dan semua bumbu lain.
Masak dengan api kecil, sambil sesekali di aduk, hingga meresap dan daging ayam empuk, dengan api kecil.
Pindang Telur
Bahan-bahan :
5 butir telur direbus, dikupas
5 lembar daun jambu
2 lembar daun jati
30 gram kulit bawang merah
2 cm lengkuas memarkan
2 lembar daun salam
50 gram gula merah sisir
1/2 sendok makan garam
1.000 ml air

Cara membuat:
Rebus telur bebek, daun jambu, daun jati, kulit bawang merah, lengkuas, daun salam, gula, garam, dan air di atas api kecil sampai meresap.
Sambal Goreng Ati
Bahan :
5 pasang ati ampela ayam, rebus hingga empuk, potong-potong
100 gram cabai keriting, haluskan
6 buah bawang merah, iris tipis
4 siung bawang putih, iris tipis
2 cm lengkuas, memarkan
2 lembar daun salam
1 sendok makan gula merah
1 sendok teh kaldu ayam dan garam ( sesuai selera )
150 ml santan kental

Cara membuat :
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga matang dan harum, masukkan cabai, masak dengan api sedang hingga agak lama dan keluar minyaknya dan benar-benar matang ( tanak ), masukkan santan, dan semua bumbu, masak hingga mendidih. Masukkan ati, masak dengan api kecil hingga meresap. Koreksi rasa.
Lodeh Terong
Bahan :
2 buah terong  hijau, kupas, potong kecil2
2 lembar daun salam
2 cm lengkuas
1/2 sendok makan gula merah
1 sendok teh kaldu sapi dan garam sesuai selera
800 ml santan sedang
1 sendok makan ebi, seduh, biarkan utuh
6 butir bawang merah, iris tipis
3 siung bawang putih, iris tipis
5 buah cabai hijau besar, 5 buah cabai merah, potong serong tipis

Cara Membuat :
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum dan matang
Masukkan cabe hijau, ebi
Aduk rata
Masukkan santan dan bumbu lain
Didihkan
Aduk sesekali dan masak hingga meresap dan terong matang
Koreksi rasa


Kamis, 07 Februari 2019

RESIPI GULAI NANGKA MUDA TULANG LEMBU

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak gulai nangka muda tulang lembu, tulang tu che mat guna tulang rusuk lembu, tak guna banyak, hanya sebagai perencah saja. Kalau tak makan lembu, boleh gantikan dengan ayam, udang atau tulang ikan masin kurau. Tapi kalau guna tulang ikan masin kena rendam dulu dan garam kena jaga, jangan main campak sebarang. Memasak ni, biar tawar dari masin, kalau dah masin memang spoil lah, tambah kuah kang meladung, rasa dia pun dah lari, main makan ajer, tekanan darah naik pulak (tapi boleh juga cuba masukkan kentang yang dibelah 4, kata orang kentang ni menyerap garam), jadi kesimpulannya, kena berhati2 guna garam, ingat pesanan pakcik ok. Satu lagi nak pesan, kalau resipi macam ni kena beli nangka muda yang biji dia kecik atau yang betul2 muda. Kalau yang biji dia dah besar dan jerami nangka agak kasar, yang macam tu kurang sesuai untuk resipi masak gini, kecuali nak masak lemak putih boleh lah. Itu mak che mat yang ajar lah, tak paksa suruh ikut, cuma berkongsi petua...

Resipi che mat ni tak banyak beza dari resipi2 biasa yang ada di internet, tapi tak sama. Che mat masukkan rempah ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Sepatutnya nak tambah kerisik, tapi kerisik kehabisan pulak. Tak taruk kerisik pun dah ok, kalau taruk lagilah sedap nak pengan. Seperti biasa, kalau gulai, kena masak awal sikit dan rasanya lebih sedap selepas 2 - 3 jam. Cuma kita kena jaga lah, masa panas2 tu toksah tutup rapat, kena renggangkan sikit tudung periuk, atau selitkan dengan senduk kayu agar tutup periuk renggang. Satu lagi, bila dah siap masak dan api dah dipadamkan, jangan dikacau2 kerap sangat, ini pun salah satu sebab gulai cepat basi. Kalau nak rasa, jangan sekali2 cekut dengan tangan, guna sudu bersih dan kering kalau nak cedok lauk untuk dirasa. Harap dapat membantu tak sikit banyak. Che mat ni bukan pandai mana masak, berkongsi ni pun berdasarkan pengalaman di dapur. Ok, jom kita cuba masak gulai nangka muda tulang lembu, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Nangka muda secukupnya (che mat beli yang dah siap bersiang dalam RM 2 macam tu)
400 gram tulang rusuk lembu yang masih berdaging
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
500 ml santan cair
400 ml santan pekat
3/4 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*(*digoreng tanpa minyak hingga wangi dan tumbuk halus)
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
20 biji cili padi
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup, pilih isi kunyit yang tua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci tulang lembut, kemudian rebus selama 20 minit, toskan dan buang air rebusannya. Masukkan ke dalam periuk, tambah air baru, masukkan hirisan halia dan bawang putih ketuk. Rebus kembali untuk kali ke-2 hingga daging pada tulang rusuk empuk. Kalau guna periuk tekanan, rebus selama 20 minit. Asingkan air rebusannya dan isinya. Nangka muda direbus hingga 3/4 empuk, toskan dan ketepikan.
  2. Panas minyak dalam periuk, anggaran 4 camca besar. Tumis serai hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan rempah yang ditumbuk halus tadi, masak hingga wangi dan naik minyak. Masukkan santan cair dan air rebusan tulang, kacau dan biarkan mendidih.
  3. Tambah nangka muda dan tulang rusuk, kacau perlahan dan masukkan asam gelugor. Tuang santan, masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau sentiasa. Jika kurang kuah boleh tambah sedikit lagi air. Masukkan daun kunyit, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, Masak hingga nangka empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi....Selamat mencuba!

Senin, 04 Februari 2019

RESIPI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI

Assalammualaikum, salam semua. Diam tak diam kita hari ni dah 4 hb Februari 2019, kurang lebih 3 bulan lagi, in sha Allah Ramadan muncul, moga kita semua diberi kesihatan dan dipanjangkan usia hingga berjumpa bulan mulia Ramadan. Hari ni che mat ambik kesempatan untuk kemas kini blog, resipi yang akan dikongsikan hari ini ialah masak lemak cilu padi daging salai. Dan che mat masukkan rebung, tapi yang ni bukan rebung jeruk. Kalau dapat rebung jeruk, lagi sedap, cuma ada orang tak berapa suka bau rebung jeruk yang agak menyengat dan tajam. Kalau takde rebung, boleh guna belimbing buluh, buah bacang muda, pucuk asam gelugor, pucuk ubi atau pun buah mangga muda. Daging salai tu che mat bukan buat sendiri, tapi che mat dapat dari sorang pengusaha daging salai, selain daging salai, dia juga ada jual itik salai. Boleh ke IG - Dagingsalaicikyah atau FB - Dagingsalaicikyah . Teknik menyalai pun guna kaedah tradisional, jadi rasa keasliannya terjamin. dan satu lagi ia siap divacum pack tau, jadi terjamin kebersihan dia dan rasanya terpelihara, boleh lihat contohnya kat IG che mat, di sini. Kalau nak cuba resipi lemak cili padi daging salai, meh che mat tuliskan resipi dia kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging salai
Rebung secukupnya, hiris nipis, cuci dan celur, toskan (anggaran 3 cawan)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3  cawan cili padi kampung, che mat campur yang warna hijau dan merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci daging salai, toskan dan masukkan ke dalam periuk ( yang che mat punya ni, memang dah siap hiris, jadi tak perlu potong lagi). Masukkan asam gelugor, serai dan bahan2 kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut.
  2. Masukkan rebung, kacau rata dan masak sekejap. Tambah pati santan dan daun kunyit. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak hingga rebung lembut, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain. Selamat mencuba!

Jumat, 01 Februari 2019

Pangsit Kuah Vegetarian

Baik pangsit goreng maupun pangsit kuah vegetarian bisa dijadikan salah satu hidangan makanan istimewa untuk menyambut perayaan Tahun Baru Imlek yang tinggal beberapa hari lagi. Untuk membuat pangsit kuah vegetarian ini, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pangsit itu sendiri sama dengan bahan yang digunakan dalam resep pangsit goreng vegetarian sebelumnya, ditambah dengan bahan bumbu kuah yang bisa dilihat di bawah ini.

Selain itu, juga terdapat perbedaan dalam cara membuatnya. Pada pembuatan pangsit goreng, pangsit yang sudah dibuat diolah lagi melalui proses penggorengan, sementara untuk pangsit kuah vegetarian ini, pangsit yang sudah dibuat diolah terlebih dahulu dengan perebusan dan dilanjutkan lagi dengan proses pembuatan kuah pangsitnya.

Pangsit Kuah Vegetarian
BAHAN BUMBU KUAH:
750 ml kaldu vegan
Garam secukupnya
Penyedap rasa vegan/jamur secukupnya
1/2 sdm saus jamur atau saus tiram vegan
Merica secukupnya
1 siung bawang putih, iris tipis
1 sdm minyak cabai/bubuk cabai
Daun ketumbar atau seledri sesuai selera
Minyak wijen

CARA MEMBUAT PANGSIT:
1. Bahan Isian Pangsit : tumis bawang putih, masukkan semua bahan isi dan bumbu, tumis hingga matang, angkat, dan sisihkan.
2. Taruh 1 sdt bahan isi di atas kulit pangsit, bentuk sesuai selera.
3. Rebus pangsit dalam air mendidih hingga mengapung, angkat dan tiriskan.

CARA MEMBUAT KUAH:
1. Tumis bawang putih dengan minyak wijen hingga harum.
2. Tuang kaldu vegan, masukkan garam, penyedap rasa vegan/jamur, saus jamur atau tiram vegan, merica, dan cabai bubuk, rebus hingga kuah mendidih, lalu angkat.
3. Kuah siap dipakai.

CARA PENYAJIAN:
1. Siapkan mangkuk saji, masukkan pangsit, tuangkan kuah, dan taburi dengan daun ketumbar atau seledri.
2. Pangsit kuah vegetarian siap dihidangkan dan dinikmati.