Rabu, 28 Agustus 2019

RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak asam pedas tetel. Sebut betul2 yea, tetel bukan tete*... Dari semalam plan nak masak, tapi semalam che mat mat tak de rumah, kami keluar. Jadi tunda ke hari ini. Biasanya asam pedas tetel atau daging terkenal di Melaka. Kalau kat Johor, orang masak asam pedas ayam. Kalau diperhatikan dari bahan2 yang digunakan memang ada banyak perbezaannya. Asam pedas melaka lebih beraroma dan ditambah dengan daun limau purut. Mereka tak guna daun kesom seperti orang Johor. Satu lagi, sedikit rempah ketumbar, jintan dan halba dimasukkan untuk mendapat rasa yang unik. Lada hitam sebagai bahan pemangkin. Kalau kat Johor, asam pedas ikan mayong atau ikan duri, baru kita tambah lada hitam. Sebenarnya memasak ni bergantung pada selera masing2, takde satu undang2 pun yang menyebabkan mereka yang tak ikut 100% resipi asal akan didakwa atau dibuang negeri...hahaha, so, relaks dan memasaklah dengan hati yang gembira...Resipi asam pedas daging tetel ini che mat gunakan resipi dari Kak Ida Kitchen yang femes di FB tuuu....Jomm kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram daging tetel*
1 inci halia, hiris*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh garam*
Air secukupnya*(*direbus hingga tetel empuk, biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk hingga bahagian lemaknya beku. Buang lemaknya, ambil isi dan air rebusan. Ketepikan
1 biji terung, belah 2 dan hiris serong, rendam
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3 helai daun limau purut
2 batang serai, diketuk
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1/2 camca besar pes asam jawa
1/4 camca teh halba
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk anggaran 1/4 + cawan). Tumis serai dan halba hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau sebati.
  2. Masukkan daging tetel dan air rebusannya tadi. Tambah air jika perlu. Biarkan mendidih. Masukkan lada hitam, bunga kantan, daun limau purut dan terung (toskan dulu air rendamannya). Kacau dan masak hingga terung lembut.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan asam pedas daging tetel dengan nasi putih, ulam2man dan telur dadar. Selamat mencuba!

JANGAN TEMPE & KULIT MELINJO



Pagi,

Mumpung masih pagi, aku sempatkan post di sini dulu ah, hanya k menu baru belum di simpan di sini..huhu.

Ini Jangan Tempe, atau Sayur pedes Tempe..biasa di Yogya di pagi hari banyak yang jual menu begini. Ini bukan sambal goreng ya, Karena ini lebih seger rasanya, berkuah encer.

Sayur nya di campur kulit melinjo sama krecek, jadi lebih sedep.
Biasa di makan pakai bubur nasi, terus bihun, Gudangan juga, wah enak sedep sekali teman2.

Penjual nya biasa mbah2 gitu , dan murah harganya. Aku suka sarapan seperti ini, mengingatkan masa kecil dulu.

Resepnya klik video berikut ini ya teman2, udah ku tulis detail, ada tips2 juga. Selamat mencoba,..😘😘



Minggu, 25 Agustus 2019

RESIPI NASI LEMAK HALBA

Assalammualaikum, salam Ahad semua, selamat berhujung minggu. Dah sarapan ke tu? Hari ni che mat masak nasi lemak halba, ni kira nasi lemak bidan terjun, sebab tak sempat apa2 dah, bila teringin aku terus ajer on masak, santan pun guna santan kotak Kara saja. Tapi ok juga lah guna santan kotak, walaupun rasa dia tak sama guna santan segar, kata orang masih ada lagi lah rupa dan rasa nasi lemak. Nasi lemak halba ni biasa nya orang Johor suka masak. Che mat ok saja, tapi halba tu toksah taruk banyak, nanti jadi nasi dagang pulak. Satu lagi, untuk nasi lemak ni che mat guna beras Basmathi King jenis steam, keluaran Jasmine. Dan che mat masak nasi ni lembut sedikit. Tapi kalau guna beras Basmathi Faiza, masak ikut sukatan biasa saja iaitu nisbah 1 beras : 1 1/2 cecair, maksudnya 1 cawan beras : 1 1/2 cawan santan.

Perasan tak bahan2 sampingan nasi lemak tu, amat2 ringkas dan seadanya saja. Mak che mat takmo yang fancy2, dia kata taruk yang asas saja, jadi kacang goreng dan ikan bilis goreng dia takmo, lagi pun che mat tak boleh nak makan sangat kacang tanah goreng, gigi kurang, nanti gusi melecet pulak, susahkan jadi baby, baby kerepot...haha. Dan dalam freezer ada pulak belen rendang ayam yang bikin tu ari, ok kita letak sekali kasi meriah. Telur rebus, timun dan sambal tumis tu benda yang wajib ada kalau makan nasi lemak, yang lain2 tu ikut suka lah. Kalau dah terlebih meriah dah rupa nasi campur pulak kan, hilang identiti nasi lemak. Ok, kalau sapa2 nak cuba nasi lemak halba bidan terjun macam che mat bikin tu, boleh semak resipi kat bawah ni....Jommm kita masak!

NASI LEMAK HALBA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras Basmathi King, Jasmine
1 kotak (200ml) santan KARA
Air panas secukupnya
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1/4 camca teh halba
1 camca besar minyak masak
1/2 camca teh gula
Garam secukup rasa, anggaran 1 1/2 camca teh penuh

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Telur rebus @ telur mata
Hirisan timun
Sambal tumis
Ayam goreng rempah  (che mat makan sama rendang ayam)
Kacang tanah goreng - optional
Ikan bilis goreng - optional
Kangkung celur - optional


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Beras basmathi dicuci dan rendam 20 minit, toskan. Santan KARA ditambah air panas hingga mendapat sukatan 5 cawan (gunakan cawan yang sama untuk sukat beras), kemudian masukkan garam, gula dan minyak masak ke dalam bancuhan santan tadi dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk nasi elektrik @ rice cooker. Masukkan daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih dan halba. Tuang bancuhan santan, kacau rata dan masak seperti kita memasak nasi biasa. 
  3. Bila lampu ada periuk nasi bertukar kepada 'warm', boleh gemburkan nasi menggunakan chopstik, tapi jangan kacau ganas2 nanti nasi nanti akan patah2. Tutup kembali periuk dan biarkan 10 minit lagi. Boleh hidangkan nasi lemak dengan sambal tumis dan bahan2 sampingan lain..
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS ...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam dan toskan
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar hiris 
1/2 camca besar pes asam jawa #adabi
1 camca besar gula melaka
1 helai daun pandan, disimpul
3 camca besar pati santan - optional
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis ditos dan ketepikan, terpulang samada nak goreng dulu atau tidak, che mat tak goreng. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi, masukkan cili kisar dan daun pandan, kacau rata dan masak hingga naik minyak dan cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan pati santan dan pes asam jawa, kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan gula melaka dan ikan bilis yang ditoskan tadi (kalau guna ikan bilis yang digoreng, masukkan akhir sekali atau bila nak makan, tujuan untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis tadi). Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi lemak...Selamat mencuba!

Sabtu, 24 Agustus 2019

RESIPI GULAI PISANG MUDA

Assalammualaikum, salam semua. Petang ni baru che mat sempat nak kongsikan resipi yang dimasak awal pagi tadi. Hari ni masak awal sebab ikut abang long hantar anak buah ke UITM Segamat. Dan kebetulan mak che mat dua hari lepas ada sebut2 nak makan gulai pisang muda. Maka pagi tadi lepas subuh kita mula lah memasak. Rencah, che mat guna tulang ikan masin kurau. Untuk mengurangkan rasa masin dia, che mat rendam satu malam. Yelah, nak makan ni pun kena jaga2 juga, jangan ikut sedap tekak saja yea dak. Pisang paling sedap kalau nak masak gulai macam ni, che mat syorkan guna pisang kapas. Sebabnya pisang kapas berkanji dan bila kita masak gulai atau masak lemak, kuah dia akan pekat dan rasa dia, mintak ampon wakk, sedap dia. Serius tak tipu. Ada macam2 cara orang masak, jadi kali ni che mat masak agak lain sikit dan sebab kesuntukan masa, guna santan kotak saja lah. Kalau dapat guna santan fresh, lagi berganda sedap dia...Kalau nak mencuba, boleh semak resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang kapas muda
4 keping tulang ikan kurau yang masih ada isi, cuci dan rendam semalaman
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis maggi
1 kotak (200ml) santan kara*
1/4 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci pisang muda hingga bersih, potong sedikit hujung dan pangkalnya, siat sedikit kulit pisang, tapi jangan dibuang, masukkan ke dalam bekas berisi air yang dimasukkan garam. Pisang dipotong dua menyerong setiap satu, jika saiz pisang agak besar, boleh potong tiga. Buat hingga siap dan rendam.
  2. Didihkan air, masukkan sekeping asam gelugor. Pisang yang direndam tadi, toskan dan masukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. Celur pisang tadi hingga lembut sedikit, tos dan ketepikan.
  3. Dalam periuk lain, panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis serai hingga wangi, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga wangi, gunakan api kecil. Masukkan pisang, gaul rata dan tuang air hingga pisang tenggelam. Tambah baki asam gelugor dan masukkan kiub ikan bilis, kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Toskan tulang ikan masin kurau, cuci dan masukkan ke dalam periuk. Kacau perlahan dan masak sekejap. Tuang santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan biarkan mendidih dengan api sederhana hingga pisang empuk. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain. Gulai pisang lebih sedap dimakan setelah beberapa jam dimasak. Selamat mencuba!

Kamis, 22 Agustus 2019

Resep Bubur Candil Pisang

Bubur Candil Pisang @NetiRecipes 2019

Kepingin makan bubur candil yang satu ini, penganan yang biasanya terbuat dari tepung ketan atau tepung tapioka.

Bubur candil biasanya di sajikan sebagai makanan pembuka di saat berbuka puasa. Rasanya yang manis dan gurih sangat cocok menjadi penambah energi ketika berpuasa.

Bubur candil ini ternyata cukup kenyal, mungkin berbeda kalau menggunakan tepung ketan atau tepung tapioka ya...

Ada banyak resep bubur candil. Kebanyakan adonan candil nya di campur dengan ubi manis atau ubi jalar. Tetapi kali ini saya mau coba bubur candil yang di campur dengan pisang. Saya menggunakan pisang kepok, jadi rasanya sedikit masam manis.

Bubur Candil Pisang @NetiRecipes 2019

Bubur Candil Pisang Aka Kolak Biji Salak

Camilan Tradisional Yang Masih Menjadi Favorit

Bubur candil pisang ini camilan yang cocok untuk di santap hangat ataupun dingin.

Bubur candil adalah makanan yang cukup populer di daerah jawa. Dan membuat bubur candil ini tidak sesulit yang di bayangkan.

Agar candil empuk dan kenyal, mungkin nanti bisa di coba dengan mencampurkan tepung ketan dan tepung sagu atau tepung tapioka.

Ketika memasak saus santan, sebaiknya menggunakan api kecil saja sambil terus di aduk agar santan tidak pecah dan bisa menghasilkan saus santan yang halus.

Ketika air yang di gunakan untuk merebus candil terlalu banyak, air rebusannya bisa dikurangi sebelum teman-teman mencampurkan air gula merah kedalamnya.

Untuk manis bisa di sesuaikan selera ya,, tetapi bagi saya, manis di dalam resep ini sudah pas kok. Tidak terlalu manis legit, kombinasinya pas antara manis, gurih dan sedikit asam dari campuran candil pisangnya.

Cara membuatnya sangat mudah kok,,

Jadi di coba ya di rumah, Yuk simak bahan dan cara membuatnya ^_^
Baca Juga : Resep Bubur Ketan Hitam ( Black Glutinous Rice Porridge Recipe )

Bahan-bahan Bubur Candil Pisang :

  • 6 buah pisang ( sekitar 500 gram )
  • 200 gram tepung sagu ( atau boleh pakai tepung tapioka )
  • 1 sendok makan gula pasir ( untuk adonan candil )
  • 1/4 sendok teh garam halus ( untuk adonan candil )
  • 1/4 sendok teh garam halus ( untuk kuah bubur candil )
  • 3 sendok makan gula pasir ( untuk kuah bubur candil )
  • 250 gram gula merah
  • 100 ml air ( untuk merebus dan mencairkan gula merah )
  • Air secukupnya untuk merebus candil
  • 1 sendok makan tepung maizena
  • 2 lembar daun pandan

  • Bahan Saus Santan :

  • 300 ml santan kelapa

Bubur Candil Pisang @NetiRecipes 2019


Cara Membuat Bubur Candil Pisang

  1. Iris tipis gula merah, campurkan 100 ml air lalu masak hingga gula merah larut. Angkat dan dinginkan
  2. Kukus pisang selama 10 sampai 15 menit hingga lembut, angkat lalu haluskan
  3. Taruh pisang yang sudah di haluskan di dalam mangkuk, campurkan tepung sagu sedikit demi sedikit sambil di aduk rata
  4. Tambahkan gula pasir dan garam halus sambil di uleni menggunakan tangan hingga adonan rata kalis dan dapat di bentuk. Sisihkan
  5. Siapkan air di dalam panci, rebus hingga air mendidih
  6. Bentuk adonan bulat-bulat lalu rebus ke dalam air mendidih, masukkan daun pandan yang di simpul lalu masak hingga adonan mengapung
  7. Setelah adonan mengapung, tuang air gula merah ke dalam panci sambil di saring. Masukkan gula pasir dan garam lalu masak hingga air menyusut dan kental
  8. Larutkan tepung maizena dengan sedikit air, tuang ke dalam bubur candil sambil di aduk hingga mengental lalu angkat
  9. Untuk saus santan : masak santan sambil di aduk hingga mendidih dan kental, angkat
  10. Untuk penyajian : Tuang bubur candil ke dalam mangkuk lalu tuangkan saus santan di atasnya
Bubur Candil Pisang @NetiRecipes 2019

Silahkan lihat tutorial cara membuat Bubur Candil Pisang di channel Youtube Neti Recipes

Bubur Candil, Hidangan Populer Di Jawa

Cara membuatnya benar-benar mudah bukan ? Bisa di buat sendiri di rumah untuk mengobati rasa kangen dengan hidangan ini.

Untuk pisang sebenarnya dalam resep ini memang menggunakan pisang kepok, karena tidak terlalu lunak dan berair. Teksturnya masih cukup empuk ketika di campur dengan tepung sagu.

Tetapi boleh di coba dengan jenis pisang yang lain, yang teksturnya tidak terlalu lembut ketika di kukus dan di haluskan.

Tenang saja,, teman-teman di rumah pasti bisa membuatnya ^_^

Oke,, Selamat Mencoba ya... So, Enjoy Your Cooking Mom :D

Rabu, 21 Agustus 2019

Resep Kue Lapis Singkong

Kue Lapis Singkong @NetiRecipes 2019

Singkong termasuk salah satu pangan pokok dari umbi-umbian yang sangat mudah di temui di Indonesia. Karena tanamannya mudah tumbuh dan berkembang baik di lahan perkebunan.

Tanaman singkong juga tidak membutuhkan perawatan yang khusus, oleh karena itu banyak olahan makanan yang di buat menggunakan singkong sebagai salah satu bahan utamanya.

Singkong sangat lezat hanya dengan cara di rebus atau di goreng saja. Tetapi ada banyak makanan lainnya yang juga terbuat dari singkong.

Antara lain getuk, talam singkong, ongol-ongol singkong. Bisa juga di buat menjadi Bolu Singkong, Kemojo dan masih banyak lagi.

Hari ini saya mencoba membuat kue lapis dengan berbahan dasar singkong, lihat resep yang ber-sliweran dan penasaran juga bagaimana rasanya.

Karena kalau mau di rebus atau di goreng sudah sering, oleh karena itu mau mencoba resep kue lapis singkong yang ini.

Kue Lapis Berbahan Dasar Singkong

Penganan Kue Dari Singkong

Ternyata membuat Kue Lapis Singkong ini tidak terlalu sulit ya..

Dari penampilan mirip sekali dengan kue lapis biasa yang dari tepung beras atau tepung sagu, tetapi berbeda dari teksturnya

Menurut saya, kue lapis singkong lebih bertekstur ketika di makan. Kenyal dan lembut, serta ada aroma harum dari agar-agar dan vanili yang di pakai sebagai campurannya.

Permukaannya sedikit bertekstur, beda dengan kue lapis biasa yang teksturnya halus.

Hanya waktu mengukusnya sedikit lebih lama di bandingkan kue lapis biasa. Sekitar 20 menit setiap lapisannya, agar singkongnya matang sempurna.

Kue lapis singkong ini sangat cocok juga menjadi hidangan saat kumpul keluarga atau arisan, cukup mengenyangkan juga sih untuk saya pribadi ^_^

Cara membuatnya sangat mudah kok,,

Jadi di coba ya di rumah, Yuk simak bahan dan cara membuatnya ^_^
Baca Juga : Resep Kue Lapis Kanji

Bahan-bahan Kue Lapis Singkong:

  • 1 kg singkong, di parut
  • 250 gram gula pasir
  • 350 ml santan kental
  • 1 bungkus agar-agar
  • 1/4 sendok teh vanili bubuk
  • Pewarna makanan secukupnya

  • Bahan Taburan :

  • 100 gram kelapa parut
  • 1/4 sendok teh garam halus
  • 1/4 sendok teh vanili bubuk

Kue Lapis Singkong @NetiRecipes 2019

Cara Membuat Kue Lapis Singkong

  1. Peras singkong yang sudah di parut hingga mengeluarkan airnya, tetapi jangan sampai terlalu kering. Buang air singkong
  2. Masukkan singkong yang sudah di peras ke dalam mangkuk, sisihkan dahulu
  3. Campur santan kental dengan gula pasir, aduk rata sampai gula pasir larut
  4. Kemudian tuang larutan santan sedikit demi sedikit ke dalam singkong, sambil di aduk hingga tercampur
  5. Tambahkan agar-agar dan vanili, lalu aduk rata kembali
  6. Bagi adonan menjadi 3 bagian, beri pewarna yang berbeda untuk masing-masing bagian. Aduk dan sisihkan dulu
  7. Panaskan panci pengukus hingga airnya mendidih dan beruap, beri alas kain bersih pada tutupnya dan olesi loyang dengan minyak. Tuang lapisan pertama kue lalu kukus selama 20 menit
  8. Setelah 20 menit buka penutup panci pengukus, lalu tuang lapisan kedua. Ratakan dan kukus kembali selama 20 menit
  9. Setelah 20 menit, tuang lagi lapisan ketiga lalu kukus selama 30 menit terakhir hingga kue matang. Angkat dan dinginkan
  10. Untuk bahan taburan : Kukus semua bahan selama 10 sampai 15 menit lalu angkat
  11. Penyajian : potong kue lapis singkong, baluri dengan bahan taburan atau bisa di sajikan terpisah sesuai selera ya..

Kue Lapis Singkong @NetiRecipes 2019

Silahkan lihat tutorial cara membuat Kue Lapis Singkong di channel Youtube Neti Recipes

Kue Lapis Singkong Yang Mudah Dan Enak

Cara membuatnya benar-benar mudah bukan ? di tambah lagi karena berbahan dasar singkong, kue ini cukup mengenyangkan.

Kue lapis singkong ini juga termasuk jajanan pasar tradisional, biasa di jual berdampingan dengan kue-kue lainnya seperti cenil, getuk, getas ketan, combro dan sebagainya.

Sudah lama sih saya mau mencoba membuat kue lapis singkong ini, dan baru ini kesampaian. Mencoba resep yang ini, insyaAllah pas di lidah saya.

Tetapi kalau teman-teman suka manis, takaran gulanya boleh di tambah ataupun bisa di kurangi sesuai selera saja. Hanya sarannya kalau bisa pilih singkong yang masih bagus ya..

Dan ketika memeras singkongnya, airnya jangan terlalu habis. Biarkan tekstur lembab masih ada pada singkongnya, agar ketika di kukus teksturnya tidak terlalu kering.

Sebaiknya lapisi pisau dengan plastik ketika memotong kue singkongnya ya,, agar tidak lengket dan mudah di potong. Untuk video tutorial cara membuatnya sudah ada di channel Youtube Neti Recipes ya..

Tenang saja,, teman-teman di rumah pasti bisa membuatnya ^_^

Oke,, Selamat Mencoba ya... So, Enjoy Your Cooking Mom :D

Kue Lapis Singkong @NetiRecipes 2019

Minggu, 18 Agustus 2019

RESIPI RENDANG AYAM

 Cakkk! Assalammualaikum, selamat hari raya, maaf zahir batin semua...Masih beraya ke tu? Pakcik memang hari2, hari raya, tu pasal hari ni masak rendang dan rebus ketupat, tapi bukanlah ketupat daun kelapa, cuma ketupat Nona saja yang kita mampu. Dan disebabkan ketupat Nona tu jugalah che mat bikin rendang ayam. Kisahnya macam ni, semalam pakcik kemas2 dapur, sekali jumpa belen ketupat Nona yang belum berebus, nasib baik masih elok dan tak berbubuk, kalau tak, alamatnya pembaziran berlaku lah, kena buang. Tu yang pagi tadi lepas subuh, terus che mat rebus dan keluarkan ayam kampung serta santan dari dalam freezer. Bahan2 dah ada, sedap juga kalau ketupat tu nanti dilawankan dengan rendang ayam.

Ayam yang che mat gunakan ni jenis muda dan kalau nak buat rendang tak boleh dimasukkan awal, nanti lucut semua isi dia dari tulang, hancur bersepai. Jadi cara terbaik, kita masukkan ayam bila kuah rendang dah pekat dan naik minyak. Oh, yea che mat nya rendang kali ni tak tumis yea  sebab kita dah guna santan kelapa banyak. Tapi kerisik memang taruk lah. Bagi yang tak sempat buat kerisik sendiri, kita boleh guna kerisik yang dibeli dan untuk mendapat rasa seperti kerisik buatan sendiri, che mat ada tips. Caranya kita goreng tanpa minyak kerisik yang dibeli tadi hingga harum, kemudian tumbuk biar betul2 halus dan berminyak. In sha Allah rasa rendang kita lagi sedap dan seakan2 kerisik yang dibuat sendiri, pada hal kedai yang buat. Satu lagi che mat hanya guna daun kunyit sahaja, tapi kalau suka daun limau purut, boleh masukkan. Selain ayam,  boleh gantikan daging. Resipi boleh semak di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung muda, berat kurang lebih 1.2 kg, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 kg santan pekat
3 helai daun kunyit, sehelai disiat, 2 helai lagi dimayang halus
1/4 cawan cili kisar
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
12 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/3 cawan cili padi (che mat guna cili padi kampung yang merah)
2 inci kunyit hidup
8 batang serai, dihiris

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama cili kisar dan santan pekat. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga pekat dan naik minyak. Masukkan ayam, asam gelugor dan daun kunyit yang disiat, gaul rata, sederhanakan api dan masak hingga ayam empuk.
  2. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam secukupnya, gaul rata dan masak hingga ayam betul2 masak. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dimayang tadi, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan ketupat, lemang atau roti.
CATATAN MAT GEBU :- Rendang ni tak perlu tumis kerana santan akan menghasilkan minyak sendiri, satu lagi cili padi tu boleh kurang atau lebihkan. Kalau guna daging jenis batang pinang, boleh ikut macam masak rendang ayam kat atas tu, kalau guna daging pejal, sila masukkan selepas santan mendidih, tak perlu tunggu sampai santan naik minyak. Gula tak perlu sebab santan tadi akan beri rasa manis semulajadi dalam rendang yang kita masak. Ok, tu saja, selamat mencuba!

Jumat, 16 Agustus 2019

Tips membuat ketupat matang dan pulen

 Malam,

Aku nitip link video cara membuat ketupat lebih pulen dan matang sempurna ya teman2.

Selain itu juga lebih praktis, ngga perlu capek2 nambah air atau cek takut kehabisan air.

Kalau pakai slow cooker aman hingga matang air nggak akan berkurang banyak.

Tips lengkap dan cara membuat ketupat pulen, resepnya di video atas ya teman2.

EMPAL KELEM SEMARANG


Masih punya stok daging teman2 ?

Sudah di olah jadi apa aja?  Aku udah macam2 olahan daging ku buat. Tapi  tetep paling favorit di rumahku ya ini.

Orang Jawa tulen, sukanya ya olahan daging gurih, manis seperti ini. Lebih nglawuhi , sedep rasanya.

Tips memasak daging seperti ini, di ungkep api kecil, hingga meresap dan kuah mengental.

Tips dan cara memasak nya detail, cek di video berikut ya teman2 .



Kamis, 15 Agustus 2019

Cincau Hijau Jepang / Jelly


Hallo teman2, maaf baru update lagi di sini.

Sebenarnya banyak yang aku share, oke..satu persatu akan aku post ya.

Salah satunya tentang cincau jelly ini. Ini jenis varian cincau hijau yang baru aku kenal dan coba. Ternyata rasanya enak, lebih enak dari cincau hijau bulu atau cincau Jawa yang bentuk  yang daunnya seperti daun sirih. Bentuk daun seperti daun sirih. Suka dech.

Rasanya lebih lembut dan kenyal, hasilnya seperti jelly. Aroma nya juga fresh segar.
Cara membuatnya sama seperti membuat cincau hijau Jawa, di remas2 hingga sarinya keluar, langsung di sajikan dengan santan dan gula merah.
Benih atau tanaman cincau ini banyak di jual online juga lho teman2. Agar tidak salah dengan cincau perdu yang langu, simak resep dan tipsnya di video ini ya. Selamat mencoba..😍😍



Selasa, 13 Agustus 2019

RESIPI KERABU MANGGA SAMA DAGING

Assalammualaikum, salam semua. Dah siap masak ke tu? Che mat ni ari tak masak, sebab nasi semalam masih ada dan petang semalam dah siap masak asam pedas ikan pari. Jadi ni ari boleh lah bermalas-malasan. Tu cakap ajer, dok kat rumah ni kau ingat ada masa nak bermalas2an? Walaupun bila mata kau mengantuk, boleh lah lelap untuk 10 - 15 minit, tapi lepas tu kerja dah menunggu. Nak2 bila kita tinggal di kawasan rumah yang ada tanah, lain lah rumah atas kayangan, halaman pun takde, tak payah nak sapu2 sampah daun2 kering dan sebagainya, betul tak? Jadi hari ni che mat bikin resipi paling senang nak buat dan sedap dimakan sesambil membawang. Memandangkan kita masih dalam suasana hari raya korban dan sudah pasti ada yang banyak dapat daging korban, jadi apa kata kita bikin kerabu sama mangga muda, buat ratah2 macam tu, sedap dia, mintak ampon wakk, betul pakcik tak tipu nak.... 

Mangga muda tu che mat beli, kalau nak curi kat pokok orang pun boleh tapi mati esok kau sendiri jawab lah dalam kubur, tu belum time kat akhirat. Jadi, elakkan mencuri atau dalam bahasa lebih sopan, ambik tanpa pengetahuan pemiliknya. Daging tu ikut apa jenis daging yang kita dapat, kalau daging batang pinang, kita boleh bakar ajer sampai empuk. Kalau jenis daging pejal, kenalah rebus dulu. Selain daging, boleh guna udang atau sotong, kerang pun boleh. Kiranya kerabu ni asas dan kita boleh masukkan apa yang kita suka. Dan yang penting rasa perlu seimbang, kena ada pedas, masin, manis dan masin. Arome herba pula datang dari serai, bunga kantan dan daun pudina. Daun pudina tu kalau tak suka, tak perlu taruk atau boleh ganti dengan daun ketumbar. Yang penting ikut citarasa sendiri...Ok, jomm semak resipi kat bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging
3 biji mangga mengkal, kupas dan rendam
1 genggam daun pudina
1 biji tomato, buang biji dan hiris halus memanjang
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambik bahagian putih dan hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 camca besar sos ikan
5 biji limau kasturi, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, untuk hiasan

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
2 biji cili merah
10 biji cili padi kampung, boleh kurang atau lebihkan
1 inci belacan, dibakar
1 ulas bawang putih, dibakar
1 camca besar gula melaka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging direbus hingga empuk (kalau rebus, masukkan sedikit hirisan halia, bawang putih dan sedikit garam), tos dan sejukkan, kemudian hiris daging tadi nipis2, ketepikan. Buah mangga di sagat halus memanjang dan masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Masukkan hirisan bunga kantan, serai, bawang besar, dan tomato. Sementara itu satukan bahan2 tumbuk dengan sos ikan, kacau rata dan masukkan ke dalam bekas berisi kerabu tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tambah jus limau kasturi dan daun pudina, gaul rata dan sesuaikan rasa, tambah apa yang perlu. Untuk menghidang, alas mangkuk atau pinggan hidang dengan daun salad dan taruk kerabu atasnya dan boleh hidangkan, sedap dimakan dengan nasi panas atau diratah macam tu saja....Selamat mencuba!

Senin, 12 Agustus 2019

Resep Es Bongko Hunkwe Khas Pontianak

Es Bongko oleh Neti Recipes

 Hari ini lagi kepingin makan sesuatu yang manis dan seger seperti es, karena cuacanya memang sedang panas. Sepertinya cocok ya buat makan es.

Kalau es biasa seperti es krim atau minuman dingin sepertinya sudah biasa, mau sesuatu yang bisa mengenyangkan juga.

Kali ini cari di google, resep-resep es yang menggugah selera dan nikmat serta mengenyangkan untuk di santap. Karena akhir-akhir ini sedang tidak berselera juga sih buat makan.

Akhirnya ketemu dengan satu resep yang menarik. Lihat foto hidangan yang menarik berwarna hijau, merah dan coklat serta di tambah dengan es batu yang banyak. Jadi mau coba deh membuat es yang satu ini ya,,,

Namanya es Bongko, terbuat dari tepung hunkwe dan es ini merupakan hidangan khas kota Pontianak.

Es Bongko oleh Neti Recipes

Es Bongko Khas Pontianak

Membuat Es Bongko Yang Mudah

Membuat Es Bongko ini ternyata mudah ya,,

Ditambah dengan warna-warninya yang menggugah selera, rasanya pun bisa di sesuaikan selera.

Tetapi kalau saya lebih memilih dengan rasa kuah santan yang manis, sebab nanti es bongko ini sebelum di santap di beri es batu terlebih dahulu

Di santap dalam keadaan dingin semakin enak deh,,

Tekstur bongko nya sendiri sudah lembut dan sangat mudah sekali di cerna. melihat tekstur bongko mengingatkan saya dengan satu hidangan yang bernama kue jongkong.

Hanya saja jongkong terbuat dari tepung beras, berwarna hijau dan putih serta dengan saus gula merah yang kental.

Sama-sama enak ya,, tetapi kali ini saya sangat bersemangat sekali membuat es bongko ini. Sudah bikin ngiler duluan :)

Cara membuatnya sangat mudah kok,, Jadi di coba ya di rumah, Yuk simak bahan dan cara membuatnya ^_^
Baca Juga : Resep Cendol Nutrijell Yang Mudah

Bahan-bahan Bongko :

  • 700 ml santan kelapa
  • 100 gram tepung hunkwe
  • 100 gram gula pasir
  • 1/2 sendok teh garam
  • Pasta pandan secukupnya

  • Pelengkap :

  • Topping biji mutiara

  • Saus Kinca :

  • Santan kelapa sesuai selera
  • Gula merah sesuai selera
  • Garam sejumput
  • Daun pandan ( apabila ada )

Es Bongko oleh Neti Recipes

Cara Membuat Es Bongko

  1. Campur semua bahan bongko menjadi satu, aduk sampai benar-benar rata
  2. Masak hingga mengental lalu angkat dan tuang ke dalam loyang yang sudah di olesi dengan minyak
  3. Kukus selama 25 menit, angkat dan dinginkan
  4. Untuk saus kinca : masak semua bahan-bahannya hingga mengental, angkat dan dinginkan
  5. Penyajian : potong-potong bongko sesuai selera, beri topping biji mutiara dan tuang saus kinca serta beri es batu sesuai selera. Es bongko siap dinikmati

Es Bongko yang Lembut, Manis dan Enak


Es bongko sangat cocok deh di nikmati ketika cuaca sedang panas. Cara membuatnya pun sangat mudah.


Oke,, Selamat Mencoba ya... So, Enjoy Your Cooking Mom :D

Es Bongko oleh Neti Recipes

Minggu, 11 Agustus 2019

RESIPI KEK BUAH BAKAR

 Assalammualaikum, salam semua dan tak lupa hari ni 10 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan hari Ahad, 11 Ogos 2019 kita menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Mesti meriah kan, terutama di negeri2 belah pantai timur dan utara. Apa2 pun, keselamat harus dititik beratkan. Hari ni che mat malas nak kongsikan makanan hari raya, sebab benda yang sama, ketupat, kari ayam, kuah lodeh, serunding, rendang daging dan  kuah kacang, resipi sama untuk setiap hari raya. Ada juga bercadang nak tukar menu, tapi takut tak kena pada selera yang lain. Jadi kita buat sajalah, toksah pening2 kepala, yea dak. Ketupat che mat anyam sendiri, plan asal nak buat 30+ biji. tapi akhirnya jadi 49 biji, sepatutnya 50 biji tapi anyaman terakhir tu daun kelapa dia terkoyak. Jadi lah, tu pun dah cukup banyak. Biasanya kami rebus ketupat kurang lebih 5 jam, pastikan air menggelegak, baru dimasukkan ketupat yang telah diisi dengan beras, kendian sederhanakan api, kalau air berkurangan, tambah dengan air panas. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan daun pandan. 

Dalam sibuk2 menyediakan juadah untuk hari raya aidil adha, sempat jugalah che mat bancuh kek buah sebiji, tapi yang ni versi kek bakar. Resipi che mat dapat dari teman blogger masakan, Nina Mahdar yang dulu memang aktif berblog tapi sekarang aktif di FB. Kek buah versi bakar ini agak mudah dibuat dan rasanya pun cukup sedap, wangi dan lembap. Satu yang perlu dititik beratkan ialah penggunaan mentega, pastikan guna mentega tulen seperti golden churn, s.c.s, anchior, emborg atau sebaranag mentega tulen..Tapi kalau yang tak makan mentega tu, guna buttercup pun boleh, cuma hasil dia takde lah sama macam guna mentega. Che mat kurangkan sedikit penggunaan gulanya. Satu lagi, resipi asal guna 300 gram mix dried fruit, tapi che mat cuma ada kurang lebih 200+ gram ajer, tu yang macam kurang meriah sikit rupa kek. Jika pun kalau ada kelapangan waktu, jangan lupa mencuba, in sha Allah tak mengecewakan...Resipi seperti di bawah ini.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega berkualit tinggi
150 gram gula kastor (che mat guna 120 gram)
250 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan diayak)
4 biji telur gred A
50 ml susu segar @ susu UHT
300 gram dried mix fruits*
2 camca besar tepung gandum*(*disatukan dan gaul rata)
1 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi, ketepikan, Putar mentega, ovallate dan gula kastor hingga sebati dan pucat. Masukkan telut satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit berselang sekali dengan susu segar. Putar hingga rata dan sebati.
  2. Masukkan dried mix fruits dan gaul dengan spatula hingga rata (dried mix fruits boleh tinggalkan sedikit untuk ditabur atas kek sebelum dibakar, jika suka). Tuang ke dalam tin yang telah disiapkan tadi. Tabur dried mix fruits tadi atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga kek masak. 
  3. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate bersih atau cake tester. Jika keluarnya bersihm tanda kek dah masak. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kek dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Bungkus kek yang telah sejuk dengan plasting cling da, biarkan semalaman untuk mendapat kek yang lembap. Selamat mencuba!

Senin, 05 Agustus 2019

Sabtu, 03 Agustus 2019

RESIPI MI GORENG MAMAK

Cakkkk! Assalammualaikum semua. Ehh, tiba2 ada entri baru pulak kat blog tiffinbiru, masak apa lah tu agaknya kan? Che mat masak mi goreng mamak, tapi ni style che mat lah. Yang penting rasa ala2 mamak tu ada wakk. Hari ni masak lewat sikit sebab mak dan abang long berpuasa, che mat, in sha Allah, Isnin nanti kot mula puasa. Untuk hidangan tengah hari tadi, moh leer kita goreng mi mamak style. Banyak juga versi mi goreng mamak yang ada kat internet dan sebelum ni pun che mat dah pernah bikin 2 - 3 kali. Resipi dia ada dalam blog. Cuma kali ni che mat ada tambah sedikit serbuk kari, bukan banyak yea, cuma dalam 1/2 camca besar ajer, tu pun sebab guna mi kurang lebih dalam 400 gram. Banyak tu pun boleh makan untuk 4 - 5 orang sebenarnya atau lebih. Kuantiti mi goreng akan bertambah lepas kita dah masukkan dengan segala bahan2 rencah dia. Mana yang agak2 nak mencuba tu, boleh tengok resipi yang che mat kongsikan di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400+ gram mi kuning, che mat guna numee dari Gardenia, cuci dan toskan
2 genggam longgar taugeh, dibersihkan
2 pokok sawi, cuci dan kerat berasingan batang dan daunnya
2 biji cili hijau, kerat kasar
1 biji kentang, kupas, potong kiub dan goreng hingga masak
1 biji tomato, belah 8, che mat guna 8 biji tomato ceri
1/3 cawan hirisan nipis daging batang pinang, cuci dan toskan
1 batang fish cake, hiris
1 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
Segenggam isi udang
2 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar rempah kari daging
2 camca besar sos tomato*
2 camca besar sos cili*
1 camca besar kicap pekat*
1 camca besar kicap cair*(*disatukan dan kacau rata)
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Hirisan timun
Belahan limau kasturi
Sos cili, untuk dimakan dengan mi goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 4 camca besar. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu, masukkan cili kisar, masak hingga cili garing, tambah rempah kari, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan daging, masak hingga daging berubah warna. Tolak daging ketepi dan tambah bahan bertanda (*) yang disatukan tadi. Kacau rata dan gaul dengan daging,
  2. Masukkan udang, fishcaken batang sawi, tauhu dan kentang, kacau rata. Besarkan api, masukkan mi dan gaul rata. Buat lubang ditengah2 mi tadi, masukkan 1 camca besar minyak dan tuangkan telur. Biar sekejap hingga telur kental, kacau rata dan gaulkan dengan mi tadi, masak hingga mi kering.
  3. Rasa dan jika kurang masin, boleh renjiskan dengan kicap cair secukupnya. Tambah daun sawi dan taugeh, kacau rata dan akhir sekali masukkan hirisan cili hijau, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Tabur mi goreng dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan timun dan tambah sos cili, jika suka. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan, sedap dimakan panas2..

Jumat, 02 Agustus 2019

RESIPI KEK CHIFFON PISANG

Assalammualaikum, salam semua. Dah malam2 baru ada kelapangan waktu nak update blog. Sebelum tu, 29 hb Julai 2019 lepas, blog tiffinbiru meraikan hari ulang tahun yang ke-12. Diam tak diam dah 12 tahun juga che mat berblog, walaupun sekarang ni dah kurang aktif, tapi jika ada keizinan, in sha Allah blog tetap akan dikemas kini. Terima kasih pada semua yang masih setia dan sudi singgah ke blog tua ini dan jadikan ia sebagai bahan rujukan. Kali ni che mat nak kongsikan resipi kek, lama juga tak buat kek. Dan kek hari ni agak senang dibuat dan tak menggunakan mentega atau majerin, tapi kita guna minyak jagung (kalau nak guna minyak sayur pun boleh, tak de masalah). Rumah che mat ada beberapa sisir pisang yang masak ranum, dan dah jadi habuan burung, sayang pulak, nak dibuat cekodok atau lempeng, macam dah boring pulak, jadi kita oter jadikan kek chiffon. Resipi ini tidak menggunakan banyak sangat bahan2 dan in sha Allah rasa dia sedap...

Bagi yang kurang gigi, kek ini amat sesuai, lembut dan lembap, tak sempat nak kunyah, lesap ajer dalam mulut. Kalau tersangkut, kita lalukan pulak dengan air teh panas, laju ajer masuk dia, licin terus. Untuk kek chiffon pisang, che mat gunakan acuan  tube atau acuan kek chiffon berukuran 19 cm, kalau ada yang 20 cm pun sesuai juga. Kek ini akan naik tinggi tapi bila dah masak ia akan turun sedikit. Tips nak dapatkan kek chiffon yang elok dan tak mengecut, pastikan selepas dikeluarkan dari oven, terus terbalikkan acuan kek atas jaringan dan biar dalam keadaan terbalik hingga kek sejuk, baru kita keluarkankan kek dari acuannya. Mesti dah faham kan? Ok, jomm kena semak resipi di bawah ini...

BAHAN-BAHAN A :-)
4 kuning telur gred A
20 gram gula kastor
50 gram minya jagung @ minyak sayur
110 gram tepung gandum
150 gram pisang tanpa kulit, dilecek halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus

BAHAN-BAHAN B :-)
4 putih telur gred A
60 gram gula kastor
1/4 camca teh krim of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan kek chiffon berukuran 19 cm atau 20 cm, tak perlu disapu dengan mentega. Dalam bekas besar, satukan kuning telur dan 20 gram gula kastor, kacau dengan whisk hingga berkrim dan gula hancur. Masukkan pisang lecek, garam dan esen vanilla, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak jagung, kacau hingga sebati dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yang kering dan bersih, masukkan putih telur, putar hingga berbuih, tambah krim of tartar dan gula sedikit demi sedikit dan terus memutar pada kelajuan tinggi hingga putih telur kembang dan kental. Matikan mixer.
  3. Masukkan 1/3 bahagian putih telur ke dalam adunan pisang dan gaul rata, guna kaedah kaup balik, masukkan 1/3 bahagian lagi, gaul rata dan masukkan bakinya. Gaul hingga semua rata dan sebati, pastikan digaul perlahan.
  4. Tuang dalam acuan, dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya dengan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluarnya bersih, tanda kek dah masak. Keluarkan acuan kek dari oven dan terbalikkan atas jaringan dan biar hingga sejuk.
  5. Sisip tepi bahagian kek dengn spatula, keluarkan dan sisip pula bahagian bawah dan tengahnya. Keluarkan kek dan boleh dipotong. Hidangkan untuk minum petang. Selamat mencuba!

Cara Mudah Membersihkan Kerak Wajan Panci Gosong

Cara membersihkan wajan atau panci gosong yang sudah ABC Resep praktekkan dan berhasil membuat panci dan wajan gosong jadi kinclong. Caranya mudah kok dan ga ribet, tanpa beli ini-itu. Anda harus memperhatikan langkah-langkah di bawah ini dengan benar agar bisa mendapatkan hasil yang maksimal.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu rumah tangga adalah kerak wajan dan panci gosong. Pantat panci dan wajan yang gosong bisa membuat kita malas untuk memasak. Mood untuk masak tiba-tiba hilang melihat kerak hitam yang nempel di panci atau wajan kita tidak mau hilang.
cara membersihkan panci wajan gosong

Berbagai cara sudah dilakukan, tapi kerak hitam pantat wajan dan panci gosong tidak bisa dibersihkan. Digosok terus, sampai tangan lemas tetap ga bisa bersih. Noda gosong yang menempel seolah-olah lengket banget ga mau lepas dari wajan dan panci.

Nah, sobat ABC Resep ga usah khawatir, kali ini ABC Resep akan memberikan tips cara  mudah membersihkan kerak pantat panci dan wajan gosong yang cespleng, dijamin kerak gosong rontok. Cara ini sudah ABC Resep peraktekkan, dan berhasil! Wajan gosong jadi kinclong!. Tidak seperti yang lain, yang cuma membagikan 5 - 10 tips yang berasal dari baca-baca tanpa pernah diperaktekkan yang belum pasti tingkat keberhasilannya.  Kalau ABC REsep hanya membagikan tips yang sudah terbukti sukses. (baca juga : tips agar minyak tidak muncrat saat menggoreng ikan)

Yuuk, simak tips jitu cara mudah membersihkan kerak panci wajan gosong berikut ini. Caranya mudah kok, ga ribet dan ga perlu keluar uang. 

cara membersihkan pantat wajan panci gosong adalah : 
  1. Hidupkan kompor
  2. panaskan wajan atau panci gosong, tanpa diisi air atau apapun.
  3. Jika sudah panas, angkat dan kerik kerak gosongnya menggunakan pisau.
  4. Panaskan panci atau wajan kembali, jika kerak gosong mulai sulit rontok. 
  5. Kerik sampai semua kerak gosong rontok.
Gimana, mudah bukan cara membersihkan kerak gosong panci atau wajan.
Silahkan mencoba tips dari kami cara membersihkan pantat wajan atau panci gosong. Merubah panci gosong menjadi kinclong. (Baca juga : Hati-hati! begini cara mengolah daging sapi yang benar)