Jeruk madu Pak Ali yang femes

 hari jumaat lepas kak rose g ronda ronda kat penang road ni, walaupun duduk dipenang ni dah hampir 2 tahun dan dah pun hampir nak berpindah semula, jalan penang road ni jarang sekali kak rose g meronda kat sini... kalau lah ada kawan yang sekepala macam masa kat shah alam yang sanggup meronda sampai rasa nak tercabut lutut tu, pastinya ni tempat yang bagus untuk meronda kan... tapi jumaat lepas memang rekod lah buat kak rose, meronda sorang2 kat sini sepanjang petang tu.. konon tak nak bli apa, tapi bila balik poket sangat berlubang besarrrr...

 dan kedai jeruk madu Pak Ali yang femes ni terletak di penang road, mas akak rose masuk kat sini tak de ramai sangat orang...sempat lah nak membeli sikit2 dan mintak izin nak amik gambo. tapi bila sebuah bas rombongan cik kiah berhenti kat depan tu, terus penuh sesak jadinya.. maklumlah dah stat cuti sekolah, memang sesak jalan kat sini... pelancung asing pun ramai....

 macam2 jeruk pun ada... pilih jer mana yang berkenan dihati....

 belacan pun ada jual kat sini...

 another jeruk yang campur2... cantik sangat dengan kaler2 gitu!

dan yang paling penting kena tau senarai harga... jangan nanti dah amik penuh bakul dan terlebih bajet pulak kan... dan kalau ada yang kirim pada kawan2 yang datang penang ni bolehlah tengok harga ni sebagai panduan...

Subscribe to receive free email updates: