bila rasa teringin sangat nak makan kuih tepung pelita ni, tapi selalu halangannya ialah tak ada stok santan fresh... memang kak rose tak kan buat kuih guna santan kotak yang pada kak rose rasanya tak kan sama kalau kita guna santan fresh kan... tapi tak tahulah pendapat kengkawan, cita rasa kita tak sama kan... so terpulang pada memasing punya citarasa lah. dan untuk nak buat tepung pelita ni kak rose beli kelapa parut dan perah sendiri... terlebih rajin kot?
resepi kuih tepung pelita, terima kasih Yani dari Myresipi yang kongsikan nya... kak rose buat separuh dari adunan ni, maklumlah untuk dua mulut jer... dapat 11 bekas mangkuk kecik2 ni. cukuplah untuk hilangkan kempunan tu.
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu
Related Posts :
mmm... sedapnya!!!
lychee nata de coco jelly
… Read More...
Muffin febret kami..
muffin yang mudah dan cepat jer nak sediakan ni la yang jadi febret kami.... chocolate chips muffin. dan bahan2 ni sentiasa ada dalam… Read More...
Pichi pichi
pichi pichi kamoteng kahoy.. itu lah nama filipino dessert ni... kak rose pun tak tahu tapi itulah yang copy jer dari blog Maz Ilham … Read More...
Jom kita cuba...
Juice for healthy lifestyle
Asalamualaikum kawan kawan semua.... semuga semua sihat2 saja dan kalau kurang sihat tu apa kata kita cub… Read More...
Mee udang sedappp
Asalamuaaikum dan selamat pagi isnin ya kawan2... semuga pagi ini tak de la yang mengalami sindrom monday blues, biarlah hari yang me… Read More...