Kuih hari Jumaat kak rose

 Asalamualaikum san salam jumaat yang mulia... dah tengahari tapi kak rose nak jugak tepek kuih yang kak rose buat pagi tadi untuk potluck majlis bacaan surah Al-Khafi ditumah kawan... bila dah pindah semula ke Shah Alam ni, dapatlah kak rose menyambung rutin setiap pagi jumaat dengan muslimat kat sini.. dan yang penting dapat berjumpa, bergebang2 dan makan dengan bermacam juadah selepas tiap kali bacaan... itu yang buat kak rose rindu sangat nak balik semula ke Shah Alam ni..

dan pagi2 subuh gigih lah buat apam balik untuk pot luck tu... tapi ni gambar lama, tepek semula kat sini. resepi sama dengan yang kak rose dah banyak kali buat, memang sedap dan sangat laris dimajlis tadi... Alhamdulillah, terima kasih kerana menyukai apam balik yang kak rose buat... dan sangat2 terima kasih pada yang kongsikan resepi sedap ni..

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.

Subscribe to receive free email updates: