meh kak rose kongsikan resepi yang kak rose amik belajar dari blog Sham, mekasih ya kerana siap bagi step by step nak masaknya... memula dulu ikut betul2... bila dah banyak kali buat mula lah cenekeh...suka suki jer, telo dalam kuah pun lupa nak bubuh! tak per la kan sbb sendiri yang nak makan... hihi
Bahan:
secekak kuey teow
sebiji telo
sedikit garam n lada sulah
seulas bawang putih
cili api (kalau nak pedas la kan...)
sedikit udang
sayur sawi, carrot dan putik jagung
sedikit tepung jagung (optional)
cara2
goreng kuey teow yang telah digaul dengan telor dan sedikit garam dan lada sulah.... api kena kuat baru jadi cantik macam kat kedai tu ya...
untuk kuahnya..
Untuk kuah pulak..
- tumiskan bawang putih and cili api (kalau nak pedas).
- dah tu masukkan segala harta karun yang kita suka.. udang ke.. ayam ke.. sotong ke.. goreng sekejap.
- later.. masukkan air. Tunggu sampai mendidih. Pecahkan sebijik telur and kacau. Anyway kut tak suka telur.. boleh la skip this step.
- untuk memekatkan kuah.. ambik sesudu teh tepung jagung.. you know what to do la kan.
- lastly.. adjust la garam and whatsnot.