Sup ikan merah

 bila rasa nak nasi sambil menghirup kuah sup, dan kebetulan ada beli dua potong ikan merah yang mahal potong leher ni... so kak rose buat lah sup dengan ikan merah ni... tapi sayang en asben dan anak tak suka pulak dengan sup ikan ni... so kena lah masak lauk lain untuk derang ni... tapi tidaklah rajin nak masak yang renyah2... setakat gorengkan ayam jer pun... tu pun dah kira rajin la kan... jadinya sup ni untuk kak rose sorang jer la yang menghadapnya... mekasih Azie kongsikan resepinya.

Sup Ikan Merah
 
Bahan bahan:
Ikan  merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
sebiji tomato belah empat - yg ni kak rose tambah.
 
Cara cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. masukkan tomato dan bolah la padamkan api.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Gulai udang nenas  Menu lauk masakan untuk lunch hari Jumaat, gigih pepagi pergi ke rope walk untuk cari nenas ni. nasib baik jer ada jual yang jenis un… Read More...
  • Bila ada sambal sadin leftover...  Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua... semuga semuanya dalam Rahmat Allah hendaknya. dan hari juma… Read More...
  • Cracking wall...  nak mintak perhatian la tu kan... apa lagi masa musim hujan sekarang ni, as if tanah jadi lembut dan bertambah luas dia punya crack t… Read More...
  • Potluck dan makan makan....  Menu kak rose untuk gader gader dan makan makan semasa hari bersama2 mengacau bubur asyura dua minggu lepas... pun nak jugak tepek ka… Read More...
  • Anak mak dah convo! Bila anak dah combo.. aduiiii... diri ini sudah berasa semakin hampir dengan garisan penamat.. dah semakin senja dah usia ni.. Dah besar … Read More...