Kuih seri muka

Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua
semuga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya...

pagi ni kak rose nak tepek kuih seri muka yang dah selalu sangat buatnya... dan dah berkali jugak buat entry dalam dapo maya kak rose ni... tak pe la kan... sendiri buat, sendiri makan dan jugak sendiri tepek kat dapo maya ni... tak cilok gamba dan entry orang lain...😜😜😜. meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi..

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • KUE KU Bismillahirrohmanirrohim Assalamu'alaykum warahmatullah Halooo...apa kabar? Semoga selalu sehat dan dalam lindungan Allah SWT ya. Kali i… Read More...
  • Spaghetti n meatballs  Dah makan meatballs dengan fries n dayang2 pengiringnya, kali ni gandingkan pulak dengan spaghetti... makan hangat2 memang sangat ump… Read More...
  • Muffin roti sadin  Muffin roti sadin yang sedap!  muffin roti dari ilham Maz Ilham Dapur.... asalnya bingka roti berlauk tapi telah diubah suai m… Read More...
  • Go vegetarian  Vegetarian lah sangat!... sebenarnya bila tak rajin nak masak sayur mayur, simple salad macam ni dah cukup untuk kami makan dengan… Read More...
  • Personal Class Semua kelas personal akan berlangsung pada hari bekerja sahaja. Anda di beri kebebasan untuk memilih deco hiasan dan kek pilihan anda K… Read More...