Nasi ayam penyet

 Asalamualaikum dan salam Jumaat, salam satu december jugak buat semua... laju sungguh masa berjalan kan.... ari tu dah tepek sambal ayam penyet, so harus lah kali ini nasi nya pulak berserta dayang2 pengiring seadanya... minggu ni asik makan nasik jer, berbrisk walk pun tak stat lagi sejak terhenti lama dah ni. entah bila nak mulakan balik, apa lagi pepagi cuaca asik mendung dan hujan kat sini... lagi la ada lasan untuk tidak memulakan nya.... meh la kak rose kongsikan resepi nasi ayam penyet ni. terima kasih kawan yang kongsikan resepi sedap ni..

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam 
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kak rose goreng tempe dengan garam kunyit je. .
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(uwaaaa... kak rose udah lupa sama step yg ini... togel je jadinya ayam tu!
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
 dayang pengiring nasi ayam penyet... timun dan cherry tomatoes

 tempe dan tauhu jugak...

seadanya...

Subscribe to receive free email updates: