RESIPI KETAM MASAK LEMAK SAMA TIMUN

rsz_lkt
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak ketam. Ni sebenarnya permintaan bonda. Semalam masa ke pasar, nampak ketam yang agak besar juga saiznya. Harga boleh tahan, tapi berbaloi sangat kerana isinya padat. Ketam atau sebarang makanan laut, paling sedap jika dimasak sementara ia masih segar. Seperti biasa, menu pilihan ialah masak lemak sama timun. Selain timun, boleh juga ganti dengan nanas atau belimbing buluh. Nak taruk rebung pun boleh. Ada teman blog che mat kongsi petua, katanya ketam kalau nak lagi manis, kita kukus sekejap sebelum dimasak gulai, menarik juga tu, in sha Allah lain kali kita cuba bikin.

ketam
Masak lemak ialah menu tradisi orang2 Melayu dan juga diadaptasikan ke dalam menu2 orang peranakan baba nyonya, kira dia orang 'pinjam' dari orang melayu kita. Dalam menu masak lemak biasanya ada beberapa pekara yang perlu diambil kira. pertama bahan2 utama seperti ketam, udang, ikan, ayam dan sebagainya haruslah segar. Kedua, bahan2 perencah, iaitu bahan2 yang kita kisar/tumbuk halus. Ketiga, ialah kuahnya, sama ada guna santan, air rebusan dan sebagainya. Dan keempat, herba2 wangi, seperti daun kunyit, daun kesom, bunga kantan dan serai untuk memberikan aroma yang lebih menyelerakan pada masakan kita. Jika cukup kesemuanya, in sha Allah pasti masakan anda jadi sedap dan menjadi....Jangan segan2 untuk mencuba!...

BAHAN - BAHANNYA :-)
3 ekor ketam bunga saiz besar (seperti dalam gambar)
2 biji timun
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
10 biji cili padi hijau
1/2 inci belacan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, buang kulit kerasnya, hujung2 kaki ketam yang kecil dikerat. Gunting duri2 tajam pada penyelit ketam dan ketuk sedikit dengan belakang pisau atau alu lesung batu agar senang bila nak makan nanti. Kerat dua setiap seekor ketam, buang segala kekotoran dan cuci bersih, toskan. Timun dikupas kulitnya, kerat 2 setiap 1 dan belah 4 setiap 1 keratan. Buang bahagian empulurnya dan ketepikan.
  2. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai dan asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Bila ketam bertukar warna, tuang santan cair, tambah sedikit air jika perlu. Kacau dan biarkan menggelegak.
  3. Masukkan timun dan pati santan. Kacau perlahan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak sekejap lagi hingga timun empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan lauk2 lain. Selamat mencuba!!.

Subscribe to receive free email updates: