tabur semua bahan atas ikan, tutup kuali dan on kan api....
masak2 ni semasa kak rose berada dikampung... bila ramai2 adik beradik yang balik, kerja didapo semacam tak pernah sudah.... habis masak untuk lunch dan sedia pulak untuk minum petang dan dinner sekali... dua ekor ikan ni pun sekejap jer dah tinggal tulang... pedas, tapi memasing punlah pulun menyuap... sedap kot... masak by my niece. tq Amy.
tu dia.... siap dah!
resepinya... gandakan bahan untuk resepi 2 ekor ikan tu ya.... tak perlukan pengukus, terus jer masuk dalam kuali dan tutup...
Bahan2 :
1 ekor ikan siakap sederhana besar4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
3 helai daun limau purut
air secukupnya
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan
Cara2 :
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam kuali
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
Masukkan daun limau purut yang dikoyak2 sikit
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah