meh kak rose kongsikan resepinya... cuma guna tepung gandum biasa jer, ataupun kalau nak guna tepung goreng yang ready tu pun boleh... kita yang buat dia kan..
Bahan-bahan
- 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak masak
- sedikit daun sup - dicincang halus (kak rose x letak)
- sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
- air secukupnya - lebih kurang 1 cwn
- minyak untuk mengoreng.
- sedikit lada sulah
Cara-cara
- Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
- Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagian ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.