Bahan Inti:
• 2 cawan kelapa parut
• 1/2 cawan gula merah
• 1/2 cawan gula pasir
• 1/4 air
Bahan Kulit:
• 150 gram tepung pulut
• 1/2 cawan air
• sedikit garam
- sebiji kentang (kecik je), rebus dan lenyek halus- yg ni kak rose tambah
Bahan Sadur
(75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.) (kak rose guna yg ready made)
Cara Membuatnya:
1. Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering.
Ketepikan & biar ia sejuk.
2. Panaskan periuk yang mengandungi air.
3. Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye... Uli tepung dan kentang lenyek yang diletakkan
sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan
tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).
4. Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
5. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya
dan bulatkan semula. Leperkan sikit .
6. Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi.
Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
7. Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual di pasaran )
dan huwaaaaa 😢😢😢ada lagi yang buat cam ni... bukan setakat amik gambo jer, tapi the whole entry pulak tu... yang ni pun cam tu jugak senangnya nak buat entry untuk blog kan???? just C&P! dulu pun ada pernah buat entry tentang My Kuali ku yang merata2 ni kat sini... dan sampai sekarang pun masih macam tu...grrrrrr!!! lantok la labuuuuu!