selepas di diagnosed tentang penyakitnya, memang dia down sangat... dah la tak boleh nak makan, nak telan air liur pun sakit... so kak rose mintak kat doc yang rawat tu supaya diberikan drip, instead of dipaksa minum dan makan bubur yang memang emma dah tak boleh nak buat! at last doc bagi juga drip, sedikit terisi lah perut yang lapar dan asik nak muntah jer kesan dari ubat tu..
berkali buat bubur nasi ni dengan harapan emma boleh menjamahnya... walaupun sedikit. yang ni masa awal2 admitted kat sdmc, dan masih boleh nak menyuap walaupun sedikit... tapi semakin hari semakin tak boleh langsung nak menelan... sakit sangat. dalam masa sebulan almost 21kg hilang berat badan emma... memang sedih sangat . setiap kali nak masuk melawat kebilik dia, kak rose akan berhenti depan pintu lama2, mohon doa banyak2 supaya diberikan kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata didepan emma. selalu pesan emma kena kuat untuk lawan penyakitnya... beberapa hari lepas 1st chemotherapy, emma terpaksa menjalani satu lagi satu operation untuk dipasangkan tiub diperut untuk masukkan susu... hanya itu saja cara untuk emma mendapatkan tenaga... makan dan minum ikut mulut memang tak boleh langsung. sakit dan lidah seakan tak dapat berfungsi, katanya.
peneman emma walau kemana... masa ni mintak keluar kejap dari sepital untuk uruskan cukai pendapatan arwah suaminya di LHDN shah alam... dan hari ini, 2nd chemotherapy untuk emma...semuga emma terus kuat demi untuk anak2nya yang baru saja kehilangan kasih sayang ayahnya...