nampak bersih jer telonya..
masak enam biji jer... tu pun tak terabes untuk kami lunch tiga beranak.... malam memang tidak lah nak makan nasik lagi, so yang berbaki tu betapa lah dalam fridge....
resepi masak lemak ciliapi telo itik style nisemilan....meh checkitout..
6 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa
bahan2 ditumbuk lumat:
10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnyacara memasak:
1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .
2. Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk. selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam kan api dapur.