Keria Gula Melaka adalah kuih atau manisan yang cukup popular kini. Hari-hari ianya lalu lalang di wall fb ita , boleh kata saban masa dan setiap ketika. Hingga ada yang mengambil peluang menjenamakan semula dan memberi nama keria montoks'.
Ita memang dah biasa dengan keria gula Melaka kerana mak ita memang menyediakan keria gula Melaka untuk jualan sejak berzaman lagi. Ita pernah kongsikan resepi keria gula Melaka ni dari tahun 2010 lagi, seawal ita berblog di SINI. Tak sangka, setelah 6 tahun barulah ianya popular dan menjadi kesukaan ramai. Itu pun setelah popularnya keria antara bangsa yang popular di Melaka dan pernah keluar di Majalah 3.
Kalau hari ini ramai rakan di fb yang teruja dengan keria gula Melaka, sebaliknya di Johor Bahru berlainan pula. Kami sedang angau dengan Keria Butterscotch. Sebenarnya ita terus tersuka dengan keria butterscotch ni bila pertama kali ita merasa. Memang sedap sangat! kebetulan ita memang peminat kuih keria. Ita boleh habiskan keria ni berketul-ketul tau!. Keria yang di jual di Buttercotch and Co di Taman Daya JB telah menjadi kesukaan anak murid ita juga. Kerana ita seringkali memesan kuih ini untuk minum petang anak murid yang datang belajar di kelas ita. Hingga ada yang bila pulang dah mula angau nak makan keria butterscotch ni..
Hari ini ita kongsikan resepi Keria Butterscotch untuk di cuba oleh anda semua. Ita pasti ianya juga akan menjadi kegilaan anada juga. Keria gula Melaka ni ita perasan ada yang jual 5 keping RM 5. Tapi di buttercotch and Co, keria 5 keping bersama sauce buttercotch di jual hanya RM 4.50 sahaja.
Kepada yang nak merasa boleh singgah di Butterscotch and Co. Pada yang tinggal jauh bolehlah cuba resepi yang ita kongsikan ini.
Untuk lebih mudah kita sediakan dahulu Butterscotch, kerana sause ini perlu di sejukkan dahulu.
KERIA BUTTERSCOTCH
Butterscotch Sauce
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar unsalted butter
1/2 cawan golden syrup
secubit garam
1/2 cawan dairy whipping cream / tick kream / double cream
1/3 cawan coklat butterscotch
1 sudu teh esen vanilla
Satukan gula perang, butter, garam , esen vanilla dalam periuk dan masak hingga gula larut dengan api sederhana
Bila gula dah larut masukkan cream dan masak lagi hingga pekat sedikit
Tutp api dan masukkan coklat butterscotch
Kacau rata dan sejukkan
Keria Gula Melaka
Untuk membuat keria, sebaiknya kita pilih keledek putih, kerana ia kurang serap air dan mudah untuk di bentuk. Jika guna keledek oren atau unggu, jangan kupas kulitnya ya, kita kukus atau rebus bersama kulit supaya ia tak serap air. Bila dah empuk, baru kita angkat sejukkan dan kupas kulitnya.
500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng
Bahan Sira
3/4 cawan gula Melaka ~ di hiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
Buat hingga habis adunan
Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat
Panaskan minyak dalam kuali
Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk
Dalam kuali yang bersih
Satrukan bahan sira
Masak hingga gula pekat
Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria
Hidangkan keria bersama sause butterscotch yang yummy!