Puding roti sos kastad

 memenuhi permintaan en asben yang nak makan puding roti dengan sos kastad, kak rose pun kenalah merajinkan diri membuatnya... resepinya tanya jer cik google... berderet2 keluar, pilih jer yang mana berkenan dihati... dan yang jadi pilihan kak rose sudah pasti yang mudah dan cepat nak menyediakannya... dan sos nya pun dengan resepi yang paling mudah... jom cekitoud resepinya...



Bahan-bahan untuk puding roti:

8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis
  


1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati,  guna mixer, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain.. 
2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..
3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..
 





Bahan untuk sos kastad: 

1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastard
2 Sudu Besar Gula

Masukkan susu, lepas tu tepung dan akhir sekali baru gula. Gaul atau kacau dengan api yang sangat pelan dan tanpa henti. Bila bahan2 tu dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, boleh tutup api. Masa dah tutup tu angkat dari dapur.... biarkan sejuk dan boleh lah dihidang bersama puding roti tadi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Zikir Al-Mathurat bersihkan hati dan diri dengan zikir  Al-Mathurat merupakan zikir yang dibaca pagi dan petang di samping zikir-zikir yang lain.&nbs… Read More...
  • New toy in de house..  Noxxa BM yang diidam2kan...  dah dekat dua minggu, tapi belum dapat merasmikan lagi...  apakah nanti akan menjadi tukun k… Read More...
  • Nasi lemak dihujung minggu  Asalamualaikum dan salam pagi isnin... mudah2an kita semua sentiasa dalam lindungan Allah jua hendaknya, Insya Allah. dah sarapan ke … Read More...
  • Pak Li kopitiam lagi... bila kemalasan tapi nak jugak makan nasik, pak li kopitiam ni lah jadi tempat nak menyinggah. tak perlu nak bersauna didapo dah dapat makan… Read More...
  • Bubur nasi untuk Emma  Ujian Allah datang tanpa kita jangka. Allahuakbar.... sakit itu penghapus dosa, dan yang merasa saja akan tahu macammana sakitnya... … Read More...