Sambal ayam penyet

 sediakan sambal awal2... esoknya baru siapkan yang lain pulak...
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis - lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah dan 3 biji cili api)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Truly johorean... apalah arti buat jawa johor kalau makan tempe goreng tanpa sambal kicap kan.... ni adik belikan masa balik kampung minggu lepas... makan ba… Read More...
  • Jejak kasih kita...  Jejak kasih di Kuala Terengganu.... 1st stop... malam pun nak g jugak di Masjid Kristal ni...  menjejaki kami kami.... dari… Read More...
  • Roti jala  lama tak menjala, dan bila ada lebihan kuah kari dari lauk makan tengahari, petang nya merajinkan diri buat roti jala ni... kira two … Read More...
  • Dua hari berturut2...  Buat apam balik ni sebelum pergi berjejak kasih ke terengganu tempoh hari... hetic sungguh minggu tu, so nak buat pot luck untuk perg… Read More...
  • Resep Pempek Kapal Selam Khas Palembang Asli Hallo sahabat Neti Recipes. Apa kabarnya hari ini ? saat ini terkadang cuaca seringkali berubah-ubah ya. Dan seperti hari ini, di kota sa… Read More...